
Panduan Lengkap Menonton Video 360° YouTube – Tips Maksimum & Mudah
15 Feb 2026
Kamera 360 semakin mendapat tempat dalam kalangan pencipta kandungan, vlogger, pengembara dan peminat aktiviti lasak. Selepas menggunakan kamera aksi biasa, ramai mula beralih kepada kamera 360 kerana kebebasan merakam setiap sudut tanpa risau terlepas momen penting.
Kini, dua nama besar sedang menjadi perhatian ramai iaitu Insta360 X5 dan DJI Osmo 360. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan, tetapi kamera manakah yang lebih sesuai untuk keperluan anda?
Dalam artikel ini, Abey akan kongsikan perbandingan lengkap dari segi spesifikasi, kelebihan, kekurangan serta siapa yang lebih sesuai menggunakan setiap kamera ini.

Walaupun DJI agak lewat memasuki pasaran kamera 360, pengalaman mereka dalam dunia dron, kamera aksi dan sistem penstabilan menjadikan DJI Osmo 360 pesaing yang cukup serius kepada siri Insta360.
Manakala Insta360 X5 pula merupakan generasi terkini yang meneruskan legasi X3 dan X4 dengan pelbagai penambahbaikan dari segi kualiti imej, AI dan ketahanan.
Jadual Perbandingan Insta360 X5 vs DJI Osmo 360
| Ciri | Insta360 X5 | DJI Osmo 360 |
|---|---|---|
| Berat & Design | 200g. Rekabentuk memanjang, selesa untuk pegang | 183g. Ringan. |
| Kalis Air | Sehingga 15 meter tanpa casing | Sehingga 10 meter tanpa casing |
| Storage | MicroSD + Insta360+ Cloud Storage | 105GB built in storage + MicroSD |
| Resolusi Video 360 |
|
|
| Profil Warna | Vivid | Natural |
| Sensor | 1/1.28″ | 1/1.1-inch CMOS |
| Aperture | f2.0 | f/1.9 |
| Penstabilan | FlowState Stabilization + Horizon Lock | RockSteady + HorizonSteady |
| Rakaman Malam | PureVideo Mode (360 & Single lens mode) | SuperNight Mode (360 mode sahaja) |
| Rakaman HDR | Ya | Ya |
| Resolusi Foto | 72MP | 120MP |
| Kapasiti Bateri | 2400 mAh | 1950 mAh |
| Audio | 48 kHz 16-bit; AAC dengan Auto Wind Noise Reduction (two strengths), Voice Enhancement | 48 kHz 16-bit; AAC |
| Invisible Selfie Stick | Ya | Ya |
| AI Editing | Sangat lengkap | DJI Mimo AI |
| Ekosistem | Insta360 Studio, Mobile App | DJI Mimo |
1. Rekaan
Dari segi rupa bentuk, kedua-duanya hampir sama. Namun Abey lebih menyukai rekaan Insta360 X5 kerana :
- badan lebih kemas
- selesa dipegang
- butang lebih mudah dicapai
- skrin sentuh yang besar dan lebih mesra pengguna
- aksesori sudah sangat banyak di pasaran
DJI pula mengekalkan identiti rekaan minimalis seperti produk Osmo mereka.
2. Kualiti Video
Kedua-dua kamera mampu merakam video 8K 360°, menghasilkan video yang sangat tajam.
Namun terdapat sedikit perbezaan.
Insta360 X5
- warna lebih hidup
- AI reframing terbaik
- Dynamic Range sangat baik
- low light semakin baik berbanding X4
DJI Osmo 360
- warna semula jadi
- HDR sangat cantik
- noise lebih rendah dalam sesetengah keadaan
- sesuai untuk mereka yang suka color grading
Jika fokus utama anda ialah menghasilkan kandungan YouTube, Facebook dan TikTok dengan cepat, Insta360 mempunyai sedikit kelebihan kerana proses suntingannya lebih mudah.
3. Kualiti Foto
Di sinilah DJI Osmo 360 membuat kejutan. Resolusi foto bagi DJI Osmo 360 adalah 120MP lebih baik berbanding Insta360 X5 yang hanya 72MP.
DJI menghasilkan gambar yang lebih besar dan sesuai untuk:
- panorama
- virtual tour
- cetakan besar
- fotografi landskap
Jika anda banyak mengambil gambar 360 berbanding video, DJI Osmo 360 mempunyai kelebihan.
4. Penstabilan Video
DJI sememangnya terkenal dengan teknologi penstabilan kamera. Namun begitu, Insta360 juga sudah lama terkenal dengan FlowState Stabilization.
Kedua-duanya mampu menghasilkan rakaman yang sangat stabil walaupun anda melakukan aktiviti seperti :
- berlari
- berbasikal
- menunggang motosikal
- hiking
- menaiki bot
Secara keseluruhan, kedua-duanya hampir setanding.
5. Prestasi Waktu Malam
Ini antara aspek yang sering ditanya.
Kedua-duanya boleh dikatakan setanding bila dalam mode 360. DJI Osmo 360 menghasilkan noise yang sedikit lebih rendah dalam beberapa situasi menggunakan SuperNight Mode. Insta360 pula menghasilkan imej yang lebih terang hasil pemprosesan AI menggunakan PureVideo Mode.
Namun bila menggunakan mode single lens, Insta360 X5 mempunyai kelebihan kerana masih mempunyai PureVideo Mode berbanding DJI Osmo 360 yang tiada SuperNight Mode.
Pilihan bergantung kepada citarasa masing-masing.
6. Perisian (Software)
Di sinilah Insta360 masih mendahului.
Insta360
✔ AI Edit
✔ Auto Tracking
✔ Shot Lab
✔ Deep Track
✔ Auto Reframe
✔ Desktop Software yang matang
DJI menggunakan aplikasi DJI Mimo yang semakin baik tetapi masih belum setanding ekosistem Insta360 dari segi ciri AI dan fleksibiliti suntingan.
Jika anda seorang content creator yang mahukan proses penyuntingan pantas, Insta360 menawarkan pengalaman yang lebih lengkap.
7. Aksesori
Insta360 mempunyai kelebihan besar kerana sudah berada di pasaran lebih lama.
Antara aksesori yang mudah diperoleh:
- Invisible Selfie Stick
- Helmet Mount
- Motorcycle Mount
- Car Mount
- Suction Cup
- Backpack Mount
- Drone Mount
- Diving Case
DJI pula dijangka akan mempunyai lebih banyak aksesori pada masa akan datang.
Kelebihan dan Kekurangan
| Kelebihan Insta360 X5 | Kekurangan Insta360 X5 |
|---|---|
|
|
| Kelebihan DJI Osmo 360 | Kekurangan DJI Osmo 360 |
|---|---|
|
|
Siapa Patut Pilih Insta360 X5?
Insta360 X5 lebih sesuai jika anda ialah:
- YouTuber
- Travel Blogger
- Vlogger
- Rider motosikal
- Penunggang basikal
- Pencipta kandungan media sosial
- Mahu proses suntingan yang cepat dan mudah
Siapa Patut Pilih DJI Osmo 360?
DJI lebih sesuai jika anda:
- jurugambar profesional
- pembuat virtual tour
- sukakan warna semula jadi
- gemar melakukan color grading
- sudah menggunakan ekosistem DJI
Kesimpulan
Persaingan antara Insta360 X5 dan DJI Osmo 360 sememangnya menarik. Kedua-duanya menawarkan rakaman video 8K, penstabilan yang hebat dan teknologi AI moden.
Bagi Abey, jika objektif utama ialah menghasilkan kandungan untuk YouTube, blog, TikTok atau Facebook dengan proses penyuntingan yang mudah, Insta360 X5 masih mempunyai sedikit kelebihan kerana aplikasi dan ekosistemnya yang lebih matang.
Namun, jika anda lebih mengutamakan fotografi beresolusi tinggi, warna yang natural dan sudah biasa menggunakan produk DJI, DJI Osmo 360 juga merupakan pilihan yang sangat berbaloi.
Akhirnya, pilihan terbaik bergantung kepada bajet, gaya penggunaan dan keperluan anda sendiri.
Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa mendoakan Abey, memberi sokongan dan tidak jemu mengikuti perkongsian di blog ini. Setiap doa, komen dan perkongsian daripada anda amat Abey hargai dan menjadi pembakar semangat untuk terus menghasilkan kandungan yang bermanfaat.
Apa Pendapat Anda?
Pernah menggunakan Insta360 atau DJI? Atau masih berkira-kira kamera 360 mana yang paling sesuai untuk dibeli?
Kongsikan pengalaman dan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jika artikel ini bermanfaat, jangan lupa Like, Share kepada rakan-rakan dan bantu Abey sebarkan lebih banyak perkongsian teknologi yang berguna.






