
4 Hari Latihan Tenaga Pengajar AI Generatif: Pengalaman Belajar Pelbagai Tools AI
23 Sep 2026
29 September 2026 (Selasa), sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, akhirnya bermula juga perjalanan Abey sekeluarga ke Langkawi. Sebelum ni, wife Abey masih dalam dilema sama ada nak pergi Langkawi, Cameron Highland atau Putrajaya. Last-last putuskan untuk pergi Langkawi. Wife dan anak Abey kali pertama ke Langkawi. Bagi Abey, rasanya ni kali ketiga. Kali pertama masa Abey kecil-kecil dulu bercuti dengan keluarga. Kali kedua masa kerja di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Kali ini perjalanan menuju ke Kuala Kedah bermula seawal 5.30 pagi, 30 minit tersasar dari plan asal nak bertolak pukul 5.00 pagi. Rasanya siapa yang lewat? Abey or wife dan anak Abey? Boleh komen kat bawah 😁
Dalam perjalanan, Abey singgah menunaikan solat Subuh di Masjid As-Salam, Mukim Jedok, Jajahan Tanah Merah.
Di sinilah Abey berjanji untuk bertemu dengan Yana, adik ipar, bersama keluarganya dan ayah mentua Abey. Selepas semua berkumpul, perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Kedah.
Hampir sejam tersekat kerana Le Tour de Langkawi
Lebih kurang jam 10.50 pagi, perjalanan mula tergendala.
Rupa-rupanya laluan yang kami gunakan terkesan dengan acara Le Tour de Langkawi 2026. Terpaksa juga berhenti di tepi jalan hampir sejam sementara menunggu laluan kembali dibuka.
Sebenarnya Abey dah terfikir nak keluarkan Insta360 dan rakam suasana perlumbaan. Boleh juga buat kenangan.
Tapi…
MicroSD card pula Abey lupa nak bawa! 😂
Sudahnya, acara dirakam guna fon je.
Tiba di Jeti Kuala Kedah
Selepas perjalanan yang agak panjang, akhirnya kami tiba di Jeti Kuala Kedah sekitar jam 12.45 tengah hari.
Sebelum sampai ke jeti, Abey sempat mengalami satu lagi situasi menarik.
Ketika berhenti di lampu isyarat, seorang penunggang motosikal datang menyapa dan bertanya sama ada Abey sudah mempunyai tempat parking.
“Belum.”
Dia kemudian menawarkan parking dengan harga RM15 sehari dan meminta Abey mengikutnya.
Abey ikut sekejap… tetapi dalam hati memang sudah tahu ada tempat parking lain yang menawarkan harga lebih murah.
Apabila sampai di lokasi parking tersebut, Abey teruskan perjalanan dan akhirnya memilih parking di Masjid India Kuala Kedah yang mengenakan bayaran sekitar RM10 sehari.
Nasib baik masih ada ruang kosong.
Lebih menarik, sambil kita mendapatkan tempat parking, ada juga peluang untuk menyumbang kepada pengurusan masjid. Jadi kira-kira sama-sama membantu.
Terlepas feri jam 1 tengahari
Disebabkan kesesakan dan perjalanan yang tergendala tadi, kami terpaksa menunggu feri seterusnya.
Kalau semuanya berjalan lancar, memang sempat untuk menaiki feri jam 1.00 tengahari.
Tetapi kami hanya dapat menaiki feri jam 3.00 petang.
Jadi, ada masa juga untuk berehat, cari makan sementara menunggu.
Tengah menunggu, mak WhatsApp dalam group keluarga berita sedih. Suami kepada arwah mak saudara Abey (kakak mak) meninggal dunia. Terkejut jugak la dengar berita ni. Semoga sepupu-sepupu Abey… Kak Long, Ngah, Din, Hah, Badri dan Naim diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ni. Maaf tak dapat hadir ziarah… Moga Ayah Cik dan arwah Ma ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Mohon pembaca blog Abey ni sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita…
Feri Kuala Kedah ke Langkawi
Tepat sekitar jam 3.00 petang, feri mula bergerak meninggalkan Jeti Kuala Kedah menuju ke Langkawi.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Lama juga terasa. Abey sempat terlelap sekejap dalam feri. 😴
Kalau dibandingkan dengan pengalaman Abey sekitar Oktober 2010, ketika itu Abey menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis dan perjalanan terasa lebih singkat, kira-kira sejam. Kali ini, perjalanan dari Kuala Kedah memang terasa sedikit panjang.
Ni sedikit gambar kenangan semasa mengikuti Kursus Koperasi di Langkawi pada Oktober 2010.
Selamat tiba di Jeti Kuah
Sekitar jam 4.45 petang, akhirnya kami tiba di Jeti Kuah, Langkawi.
Kami disambut oleh Zafran, adik ipar Abey yang memang tinggal di Langkawi.
Dari jeti, kami terus bergerak ke penginapan yang telah disediakan oleh Zafran di Century Suria Apartment.
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya.
Selepas perjalanan yang bermula sejak awal pagi, memang terasa lega apabila sudah boleh berehat.
Malam pula Abey berjalan kaki ke Langkawi Parade Megamall. Dekat je dalam 7-10 minit berjalan.
Misi kali ini bukan nak shopping sakan.
Misi penting:
Cari MicroSD untuk Insta360! 😂
Takkan la bawa kamera sekadar menjadi aksesori sepanjang perjalanan je kan…
Nasib baik akhirnya dapat jumpa MicroSD yang diperlukan.
Selepas itu, malam tersebut tidak ada aktiviti khusus. Abey memilih untuk berehat dan mengumpul tenaga untuk aktiviti Langkawi pada hari berikutnya.
Tunggu next post Abey plak. 😁
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati Abey sekeluarga dalam perjalanan ini. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan diberikan keselamatan pergi dan pulang.
Kalau korang pernah ke Langkawi melalui Jeti Kuala Kedah, bagaimana pengalaman korang? Pernah terlepas feri atau tersangkut sebab acara tertentu macam Abey? Kongsikan pengalaman di ruangan komen.
Jangan lupa like, share dan komen artikel ini kalau korang rasa ia menarik. Mana tahu pengalaman Abey ini boleh menjadi rujukan atau kenangan untuk korang pula.




