Trip Langkawi 2026: Kilim Geoforest Park, Dataran Lang & Oriental Village : Pena Hijau

Trip Langkawi 2026: Kilim Geoforest Park, Dataran Lang & Oriental Village

20260929 perjalanan ke langkawi

Perjalanan ke Langkawi 2026: Dari Kelantan ke Jeti Kuala Kedah

30 Sep 2026
20260929 perjalanan ke langkawi

Perjalanan ke Langkawi 2026: Dari Kelantan ke Jeti Kuala Kedah

30 Sep 2026
20261001 dataran lang 2
icon follow us

Sambungan cerita perjalanan Abey ke Langkawi diteruskan untuk 30 September hingga 2 Oktober 2026. Kalau hari pertama lebih banyak dihabiskan dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Langkawi, kali ini barulah dapat menikmati beberapa lokasi menarik di Langkawi.

Walaupun ada sedikit gangguan cuaca, perjalanan tetap berjalan lancar dan sempat juga singgah di beberapa lokasi ikonik. Paling menarik, pengalaman menaiki bot di Kilim Geoforest Park memang antara aktiviti yang paling berbaloi dalam trip kali ini.

🍞 Sarapan Pagi di UM Kopitiam

Pagi 30 September, sekitar 9.30 pagi, kami keluar mencari sarapan di UM Kopitiam, kira-kira 10 kilometer dari apartment kami.

Kopitiam ini menyediakan pelbagai pilihan menu seperti roti bakar, pancakes, English breakfast, mee kicap dan beberapa menu lain.

Sebenarnya hajat di hati nak makan nasi lemak. Tetapi nampaknya nasi lemak belum tersedia pada waktu kami sampai. Jadi, Abey tukar selera dan pesan mushroom soup bersama roti garlic.

Suasana kopitiam memang santai dan menarik. Harga makanan pun boleh dikatakan berpatutan. Sesuai untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti menjelajah Langkawi.

20260930 sarapan di um kopitiam

🚡 Oriental Village – Sayang Tak Dapat Naik Cable Car

Selesai sarapan, kami terus menuju ke Oriental Village.

Tujuan utama sebenarnya nak cuba menaiki SkyCab Langkawi Cable Car dan menikmati pemandangan dari atas Gunung Machinchang. Namun, cuaca pada hari tersebut tidak mengizinkan.

Hujan menyebabkan rancangan untuk naik cable car terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Masuk ke Oriental Village ni percuma je. Lokasinya berada di kaki Gunung Machinchang dan mempunyai konsep seni bina tradisional Asia dengan sebuah tasik di tengah kawasan.

Kawasan ini memang photogenic. Banyak sudut yang sesuai untuk bergambar dan OOTD. Kalau cuaca baik, memang seronok berjalan santai sambil mengambil gambar.

Malangnya, hujan pula yang menjadi “model utam” hari itu. 😄 Jadi sesi OOTD tidaklah semeriah yang dirancang.

20260930 oriental village 2
20260930 oriental village 1

🛒 Membeli Barang Dapur di Billion

Sekitar 1.30 petang, kami singgah di Billion untuk membeli barang-barang dapur untuk masak makanan sendiri. Jimat sikit berbanding makan di luar setiap waktu.

🌿 Kilim Geoforest Park – Menyusuri Hutan Bakau Dengan Bot

Masuk 1 Oktober 2026, selepas bersarapan di rumah, kami meneruskan aktiviti dengan pergi ke Kilim Geoforest Park.

Kali ini cuaca jauh lebih baik berbanding hari sebelumnya. Alhamdulillah, langit cerah dan perjalanan menaiki bot berjalan dengan lancar.

Kami menyewa sebuah bot dengan harga RM200 untuk perjalanan selama 2 jam.

Sepanjang perjalanan, kami menyusuri sungai melalui kawasan hutan bakau dan singgah di beberapa lokasi menarik, antaranya:

🐟 Tempat penternakan ikan terapung
🐊 Gua Buaya
🦅 Kawasan melihat burung helang
🦇 Gua Kelawar
🌿 Kawasan hutan bakau

Naik bot menyusuri kawasan Kilim ini memberikan pengalaman yang berbeza. Suasana alam semula jadi, hutan bakau, formasi batu kapur dan laluan sungai menjadikan perjalanan selama dua jam itu cukup menarik.

20261001 kilim geoforest park

🛍️ Memburu Cenderahati di HIG

Selesai lawatan di Kilim Geoforest Park, kami meneruskan perjalanan ke Perniagaan Haji Ismail Group (HIG).

Misi kali ini ialah mencari cenderahati untuk dibawa pulang.

Biasalah kalau pergi Langkawi, memang susah nak balik dengan tangan kosong. Abey dulu pun pergi Langkawi dengan 1 beg, balik dengan 2 beg 😁. Ada sahaja coklat, makanan, barangan cenderamata dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Balik apartment, siap-siap untuk mandi kolam… kat sini kolam dibuka hingga pukul 5 petang je.

🦅 Dataran Lang – Ikon Wajib Langkawi

Sekitar 6.00 petang, kami menuju ke Dataran Lang.

Kalau datang Langkawi tetapi tidak singgah ke Dataran Lang, rasanya macam belum lengkap lagi perjalanan ke pulau ini.

Patung helang gergasi menjadi mercu tanda utama di sini. Waktu petang juga sesuai untuk bergambar sambil menikmati suasana sekitar dan melihat matahari terbenam.

Maka sesi bergambar pun bermula. 📸

20261001 dataran lang 2
20261001 dataran lang 1

🍫 Malam Terakhir: Singgah TS Duty Free Shop

Pada sebelah malam, kami singgah pula di TS Duty Free Shop yang terletak tidak jauh dari apartment.

Kalau dibandingkan dengan HIG, harga coklat di sini lebih kurang sama sahaja. Tetapi untuk fridge magnet, nampaknya di sini lebih murah.

Akhirnya, seperti biasa…

Datang Langkawi memang boleh buat poket “bocor”. 😂

Mula-mula tengok sahaja. Lepas itu beli satu. Kemudian tambah lagi satu. Lepas tu pening la nak packing beg nanti.

🚢 2 Oktober 2026 – Masa Untuk Pulang

Pagi 2 Oktober, selepas bersarapan di rumah, kami mula bersiap untuk pulang ke Kelantan.

Sekitar 10.30 pagi, kami tiba di terminal feri dan membeli tiket di Kaunter 6.

Feri yang kami ambil berlepas pada 11.30 pagi.

Kali ini perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah mengambil masa kira-kira 2 jam.

Sampai sahaja di Kuala Kedah, sebenarnya Abey terfikir nak singgah ke rumah adik Abey di Merbok. Alang-alang sudah berada di Kedah.

Tetapi selepas mengetahui adik tidak ada di rumah, kami teruskan sahaja perjalanan pulang ke Kota Bharu, Kelantan.

Maka berakhirlah perjalanan Langkawi 2026.

📹 Tunggu Vlog Langkawi 2026!

Jangan lupa…

Vlog Langkawi 2026 sedang menunggu masa untuk siap diedit. 🎬

Nanti boleh tengok pula versi video perjalanan ini, termasuk suasana perjalanan, aktiviti di Langkawi dan pengalaman menaiki bot di Kilim Geoforest Park.

P/S : Sapa-sapa yang nak booking kereta di Langkawi, boleh roger Abey. Nanti Abey bagi contact adik ipar Abey. 

Klook.com


Terima kasih buat adik ipar Abey, Zafran dan keluarga atas hospitality dan layanan sepanjang kami bercuti di Langkawi. ❤️

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengingati perjalanan Abey dan keluarga sepanjang berada di Langkawi. Terima kasih atas doa dan ingatan daripada kalian semua.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada yang merancang untuk bercuti ke Langkawi.

Kalau anda pernah ke Langkawi, apa lokasi yang paling menarik bagi anda? Kongsikan pengalaman di ruangan komen di bawah.

Jangan lupa like 👍, share ↗️ dan komen 💬 artikel ini supaya lebih ramai dapat membaca dan mungkin mendapat idea untuk percutian mereka ke Langkawi.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊

Comments are closed.

Trip Langkawi 2026: Kilim Geoforest Park, Dataran Lang & Oriental Village
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more