Al-Fatihah Buat Tok Wan
30 Jan 2020First Time Bercuti Tanpa Abi & Ibu
7 Jul 2020Kota Bharu Diserang Dinosaur | Taman Tema Dinosaur sedang berlangsung selama 14 hari dari 21 Februari hingga 08 Mac 2020 di Menara Jam Tambatan DiRaja (Bersebelahan Hotel Ridel), Kota Bharu, Kelantan. Tiket masuk hanya RM10 seorang. Percuma kepada kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah.
Alya dah banyak hari duk ajak nak pergi.. sebab dah janji.. kalau tak bawak nanti janji dicapati pulak.. Terpaksalah bawa malam tadi. Hangus RM30. Hahaha…
Di luar taman tema.
Bagi yang nak pergi waktu malam, taman tema ni dibuka pukul 8.30 malam selepas iqamah Solat Isya’ di Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Pokok boleh bercakap. Siap ucap selamat datang lagi. hahaha
T-Rex
Asal posing je.. buat sign peace…
Tunggu giliran nak tunggang dinosaur
Ni pun tunggang dino jugak ni.. hahaha
Doktor gigi nak check gigi..