Bersyukur Dengan Apa Yang Ada : Pena Hijau

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

syurga
Betul Ke Boleh Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga nanti, Ini Jawapan Mufti KL
18 Nov 2019
Malaysia Tatto Expo 2019
Malaysia Tattoo Expo 2019
3 Dec 2019
syurga
Betul Ke Boleh Bertemu Kucing Kesayangan Di Syurga nanti, Ini Jawapan Mufti KL
18 Nov 2019
Malaysia Tatto Expo 2019
Malaysia Tattoo Expo 2019
3 Dec 2019
ANE 20191201 bersyukur
icon follow us

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada | Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah….. Diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan yang kita masih ada hari esok untuk mensyukurinya. Allah SWT telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

 

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ١٨

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(An-Nahl : 18)

 

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Nafsu yang ada dalam diri kita ditambah lagi dengan hasutan syaitan ke telinga kita membuatkan kita sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat dan bersyukur dengan apa yang kita ada. 🙂

Be Grateful For What You Have…

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bersyukur Dengan Apa Yang Ada
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more