Kejayaan BN Kegagalan Najib
7 May 2013HRPZ II Kurang Bekalan Darah
14 Aug 2013Selesai sudah PRU13. Alhamdulillah Kelantan masih KEKAL di bawah pemerintahan PAS. Namun masih kedengaran ada pihak yang beria-ia ingin menukar pemerintahan PAS di Kelantan tidak berpuas hati atas kekalahan ini. Ada yang menyalahkan anggota penjawat awam; guru, tentera dan sebagainya kerana menyokong dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 baru-baru ini. Ada juga yang mengugut agar mereka yang ‘tidak mengenang budi’ ini dihantar untuk berkhidmat di pedalaman atau di luar negeri Kelantan.
Makan gaji dengan Kerajaan MESTI sokong BN. Belajar di sekolah kerajaan, berubat di hospital kerajaan MESTI sokong BN. Jika tidak sokong BN, anda dilabel orang yang ‘tidak mengenang budi’? Macam tu ke?
Sama ada anda kakitangan Kerajaan Pusat atau kakitangan Kerajaan Negeri, ada ada hak mengikut konteks Perlembagaan Malaysia. BACA seterusnya agar anda tahu hak anda.
APA ITU KERAJAAN
Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.
SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN
Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP dan parti parti lain di Malaysia.
APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.
UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH
Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.
Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti tak kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
p/s: artikel berkaitan
PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.
PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatah lagi meminta mereka berhenti.
Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.
kalau macam tu sapa yang sokong pembangkang (umno) di Penang, Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri….
Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana…..yang penting kerja.