Puasa Sebagai Perisai Dari Api Neraka
25 Apr 2020Ar-Rayyan, Pintu Syurga Bagi Orang Berpuasa
27 Apr 2020
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa berpuasa kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Demikian ini beberapa penjelasan kalimat dalam hadis di atas :
- “Kerana iman“. Maksudnya, mengimani ganjaran yang terdapat pada ibadah itu.
- “Mengharapkan pahala“. Maksudnya, ikhlas dalam melaksanakan ibadah puasa kerana mengharap keredhaan Allah SWT.
Hadis di atas memberikan faedah tentang ganjaran ibadah puasa yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, iaitu akan menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kecil yang berhubungan dengan hak Allah SWT.
Rujukan : (Dr. Mustafa Sa’id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadus Solihin, Juz 2, 1407H/1987M M:868-869)
Sumber : Masjid Muhammad Ahmadi
“Ya Allah! Kurniakanlah aku padanya (hari ini) kecerdikan dan kewaspadaan, serta jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah habuan untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Pemurah daripada semua yang pemurah.” Amiinn…
#SalamRamadhan #StayHome