Ar-Rayyan, Pintu Syurga Bagi Orang Berpuasa
27 Apr 2020Bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran
28 Apr 2020Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal | Ada anak-anak yang tak faham, dan anggap perkara pemberian barang atau beli barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya.
Apabila mak ayah dah tiada, anak yang memberi hadiah atau beli barang itu tak boleh ambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram.
Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai latar kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan : Faraid, Wasiat dan Hibah. Yang mana syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.
Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa). Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.
HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka walaupun yang beli barang tu anda.
Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi atau kita beli barang kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalau kita hanya bagi orang tua pinjam.
Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar.
Soalan : Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan ke?
Jawapan : Barang kemas itu pusaka ibu, pesanan ibu tu terpakai jika semua waris setuju. Jika ada seorang bantah kena faraid.
Soalan : Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama mak, bukan nama kakak. Bila mak meninggal, barang jadi pusaka, kakak dah tak mahu bayar duit ansuran sebab barang dia tak boleh ambil kat dia sebab kata jadi pusaka. Persoalannya hutang mak tu, siapa yang kena sambung bayar sebab barang nama mak. Dah kalau orang yang dok bayar tak boleh ambil barang tu. Sebab dah jadi pusaka dah tentu dia berat nak sambung bayar ansuran bulanan. Contoh macam TV, perabot, barang elektrik.
Jawapan : Ni kena bincang dengan pemberi hutang, cek perjanjian jual beli. Barang hutang ni tak sempurna milik. Kalau hutang tu boleh ambil alih bolehlah ambil barang tu contoh mesin penapis air, tukar nama dan sambung bayar.
Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.
3 kesan pusaka tak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:
1. Termakan harta anak yatim.
Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.
2. Termakan harta orang lain secara batil.
Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.
3. Menzalimi si pemilik harta.
Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.
Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.
Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia. Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.
Baca sini : Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Kalau Tiada Masa Sediakan Keperluan Lain!
Sumber/Foto : Ahmad Nassri Ibrahim
Sumber : Kataustaz.com