Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini
28 Jul 2020Kepentingan hibah dalam keluarga
29 Jul 2020Seorang individu di instagram yang dikenali sebagai Hamba Allah berkongsi mengenai hubungan ziarah menziarahi dan silaturahim.
Menurutnya Allah SWT telah memerintahkan kita agar menziarahi sesama masyarakat bagi mengeratkan silaturrahim. Jika kita mengamalkan perintah itu kita akan beroleh kebahagian dan mendapat pahala.
Dalam perkongsian itu dia menyatakan kita tidak perlu merungut sekiranya hanya kita sahaja yang kerap menziarahi adik-beradik yang lain sedangkan mereka hanya “lalu” rumah kita tetapi tidak pernah singgah melawat.
Pilihan ada di tangan kita samada ingin mendapat pahala, membenci, berdendam atau menaruh perasaan cemburu. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita biarkan orang yang tidak mahu menyambung silaturahim.
BACA JUGA: Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki
Dia turut menyatakan yang dia sendiri tidak pernah kesal atau kecewa jika rumahnya tidak dikunjungi sanak saudara. Berfikir positif yang mungkin mereka sibuk dan mempunyai hal yang lebih penting daripada silaturrahim.
“Kita tidak perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita dan membawa balik dosa kita serta membawa rahmat.”
Ketahuilah hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan Silaturahim kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kita lantaran kita tidak tahu bila kita akan pergi ‘meninggalkan’ dunia yang fana ini.
Dia menutup perkongsiannya yang mendalam itu dengan beberapa nasihat dan ingatan.
Sumber : Kataustaz.com