Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini : Pena Hijau

Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini

Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki
Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki
28 Jul 2020
“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah
“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah
29 Jul 2020
Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki
Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki
28 Jul 2020
“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah
“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah
29 Jul 2020
icon follow us

Permainan merupakan alat untuk berhibur atau digunakan sepanjang waktu senggang. Ada yang menjadikannya sebagai hobi. Namun, ia bergantung kepada minat seseorang individu. Pelbagai jenis permainan pada zaman 70-90 an, antaranya ialah ting-ting, batu seremban, pedal (tutup botol), sembunyi-sembunyi (nyorok-nyorok), gasing dan yoyo. Permainan-permainan ini menjadi tarikan kanak-kanak, malah golongan remaja juga turut bermain dengan permainan tersebut.

Legasi permainan video (video game) telah berevolusi seiring dengan kemajuan teknologi yang canggih. Melalui telefon pintar berinternet dan wi-fi sahaja, aplikasi video game boleh dimuat turun. Maka, golongan remaja suka menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka pada waktu lapang.

Jenis-jenis permainan video dalam talian yang menjadi minat remaja ketika ini antaranya adalah seperti berikut:

Permainan seperti PUBG iaitu permainan dalam talian ‘first-person shooter/penembak pertama’ boleh dimainkan sehingga 100 pemain. Pemain akan ditempatkan di sebuah pulau bersama pemain-pemain lain dan mereka perlu membunuh antara satu sama lain. Si pemenang akan dilaungkan dengan slogan ‘Winner winner chicken dinner!/makan malam ayam pemenang!’.

Tatkala bermulanya perkembangan teknologi ini, maka pelbagai video game turut berkembang. Sehinggakan permainan tersebut mampu merentas sempadan. Melalui permainan ini juga golongan remaja dapat berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali, berbual-bual sehingga larut malam. Sedangkan pada masa yang sama, kedua ibu bapa mereka sedang lena tidur.

Permainan ini tidak mengira latar belakang agama, bangsa, negara dan jantina samada lelaki atau pun wanita, turut meminati permainan tersebut. Sebahagian remaja turut terkesan dengan permainan yang begitu mencabar ini, seperti tutur kata yang tiada kawalan dan kurang sopan.

Apa yang menyedihkan, sebahagian daripada mereka yang bermain permainan video dalam talian tanpa henti gagal mengurus masa dengan baik. Sehinggakan ada yang terlepas waktu solat, terlupa untuk makan dan bersosial.

Masa terus berlalu tanpa disedari, sehingg 4 hingga 5 jam atau lebih dihabiskan untuk bermain tanpa henti. Apakah tindakan yang perlu kita ambil jika keadaan menguasai diri anak-anak remaja kita? Itulah realiti kehidupan yang berlaku pada sebahagian remaja masa kini.

Justeru, berkemungkinan video game dalam talian ini memberi pengaruh negatif kepada remaja disebabkan corak permainannya yang ganas, melibatkan senjata dan pembunuhan. Namun, perlakuan ganas dan kejam ini kembali kepada pilihan individu itu sendiri.

Sebagai ibu bapa, kita perlulah menghadkan penggunaan internet dan membiasakan anak-anak berkomunikasi bersama-sama keluarga dengan pertuturan yang sopan. Keadaan ini dapat membantu remaja mendepani teknologi yang canggih. Namun, tidak dapat dinafikan, penguasaan bahasa Inggeris diperoleh dengan bermain video game.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more