Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai : Pena Hijau
“Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” – PU Azman
7 Sep 2020
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
8 Sep 2020
“Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” – PU Azman
7 Sep 2020
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
8 Sep 2020
icon follow us

Bila sebut sahaja Nasi Arab, tertelan air liur kita dibuatnya. Mana tidaknya, aromanya sahaja sudah cukup menyelerakan. Bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara Arab sudah boleh merasainya di negara ini. Apatah lagi bagi yang sudah terbiasa ke tanah Arab lebih berpeluang menikmatinya.

Jika di Malaysia, Nasi Mandy (Mandi) antara menu pilihan paling digemari. Rasanya yang enak dan lebih dekat dengan citarasa masyarakat. Nasi Ayam Mandy atau Nasi Mandi yang berasal dari bandar Hadralmaut, Yaman dan kemudiannya tersebar di seluruh pelusuk tanah Arab. Ia merupakan salah satu hidangan nasi arab yang dikombinasikan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab.

Keunikkan resepi Nasi Mandy adalah kerana cara masakannya. Ayam yang dipanggang dengan empuk di atas arang. Ia memberikan rasa yang berbeza disebabkan penggunaan arang tersebut. Cara ini menghasilkan aroma yang agak kelainan berbanding menu nasi arab yang lain.

Kini, rakyat Malaysia mula mahir dengan cara masakan Nasi Mandy dan sesekali akan menjadi hidangan keluarga pada waktu tertentu. Tidak kurang juga ramai pengusaha tanahair yang mengeluarkan produk nasi Arab.

Ada yang berbentuk pes dan ada juga yang berbentuk serbuk rempah. Malahan, terdapat juga yang set dilengkapi beras yang khusus. Sangat mudah caranya dan mudah didapati.

Antara jenama yang menawarkan menu ini adalah seperti, Nasi Arab al-Bayt, Nasi Yemeni Mendhi, Nasi Arab Aleesa, Nasi Arab Mendhi al-Taj, Rempah Mandy Chef Ammar dan banyak lagi. Kita boleh mendapatkannya secara dalam talian ataupun di kedai-kedai terpilih.

Kini nasi Arab jadi santapan di majlis keramaian. Jika tersenarai dalam menu hidangan mana-mana majlis, menu ini jadi hidangan istimewa malah jadi rebutan kepada yang hadir.

Keenakkannya menjadi sebutan ramai, sehingga restoran-restoran arab mengambil peluang di mana sahaja lokasi yang strategik untuk dikunjungi. Nasi Mandy jadi senarai menu wajib. Namun begitu, air tangan setiap pengusaha pasti berbeza. Apa yang penting kesedapannya pasti menjilat jari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dan nikmatilah keenakkan rasa Nasi Arab Mandy.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more