Bila Jiwa Kita Lesu & Hilang Semangat Dalam Ibadah, Inilah Doa Perlu Dibaca!
26 Sep 2020Tan Sri Dr. Noor Hisham dan bidang kesihatan Malaysia
27 Sep 2020Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan sebaik-baik manusia pula ialah Nabi Muhammad SAW. Allah telah menyatakan keutamaan Rasulullah berbanding rasul-rasul yang lain dalam surah as Syarh, ayat 4: “Dan bukankah Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?”
Manusia bersumpah dengan nama Allah SWT, tetapi Allah pernah bersumpah atas nama Nabi Muhammad SAW dalam surah al Hijr, ayat 72: “Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.”
Allah SWT juga pernah bersumpah dengan tempat lahir Nabi Muhammad SAW dalam surah al Balad, ayat 1-2: “Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini; sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).”
Ayat di bawah ini pula jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): ‘Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya.
Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): ‘Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?’ Mereka menjawab: ‘Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)’. Allah berfirman lagi: ‘Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.’” (Surah Al-i Imran: 81)
Allah SWT telah mengubah kiblat Muslim kerana mengambil kira perasaan Rasulullah SAW. Sewaktu Baginda berada di Madinah, Baginda selalu memandang ke langit untuk berdoa.
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Baqarah: 144)
Allah SWT telah menyatakan kepada rasul-Nya bahawa Baginda tidak perlu memikirkan konspirasi orang kafir. Allah akan menyelesaikan urusan itu. Allah juga berfirman: “Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.” (Surah al-Hijr: 95)
Akhlak Rasulullah SAW sangat mulia sehingga Allah SWT menyatakan di dalam surah al-Qalam, ayat 4: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
Akhlak Rasulullah SAW sangat mulia sehingga Allah Tuhan Sekalian Alam memuji Baginda dalam al-Quran: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al Ahzab: 4)
Sumber : Salam Web Today