Kumpul RM12k Duit Kahwin Dalam Setahun, Gadis Ini Ajar Tip Mudah. : Pena Hijau

Kumpul RM12k Duit Kahwin Dalam Setahun, Gadis Ini Ajar Tip Mudah.

Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
7 Oct 2020
dreamstime_s_24673110
Menghadapi kegagalan – bangkit daripada beberapa kali jatuh
8 Oct 2020
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
7 Oct 2020
dreamstime_s_24673110
Menghadapi kegagalan – bangkit daripada beberapa kali jatuh
8 Oct 2020
Kumpul RM12k Duit Kahwin Dalam Setahun, Gadis Ini Ajar Tip Mudah.
icon follow us

Kumpul RM12k Duit Kahwin Dalam Setahun, Gadis Ini Ajar Tip Mudah. | Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti impikan majlis yang indah untuk diingati sebagai kenangan terindah. Boleh dikatakan ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu mengadakan majlis gah namun akhirnya memakan diri.

Apa kata anda cuba tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shaa Ismail ini yang berjaya mengumpul hampir RM12,000 menjelang perkahwinan mereka.

Menurut Shaa, ada lima cara yang dikongsikannya itu boleh digunapakai oleh mereka yang ingin menyimpan wang simpanan lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.

duit kahwin

BACA JUGA :: Isteri Kena Tahu Beza Antara Nafkah Dan Duit Poket Pemberian Suami

Cara shaa simpan duit..

Cara 1

Total 1 hari bulan RM 1, 2 haribulan RM 2, 3 hari Bulan RM 3, sampai 30 haribulan akan dapat RM 465 seorang. Kalau pasangan kita pun buat yang sama × 2 dapat RM 930.00 sebulan.

Andai kata ada 31 haribulan buat sampai 31 haribulan jadi total RM 496 seorang kalau campur pasangan kita, RM 992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM 11,904.00.

Cara 2

1 haribulan RM 2, 2 haribulan RM 2, 3 haribulan RM 2, buat dari 1 haribulan sampai 30 haribulan ada RM 60.00, kalau pasangan kita buat sekali total RM 120 sebulan, RM 120 x 12 bulan boleh dapat RM 1,440 setahun.

Cara 3

1 haribulan letak RM 30, 2 haribulan letak RM 29, 3 haribulan letak RM 28. Amaun yang sama dengan cara 1, cuma cara terbalik.

Cara 4

1 haribulan RM 1, 2 haribulan RM 1, 3 haribulan RM 1, buat sampai 30 haribulan dapat RM 30.00. Kalau buat dengan pasangan dapat RM 60.00 sebulan × 12 bulan dapat RM 720.00.

Cara 5

Kalau mampu letak sekepuk (penuh) bagi pada pasangan untuk simpan duit kahwin. Kalau macam Shaa ada rumah sewa kena bayar, ada motor kena bayar, Shaa simpan sikit-sikit.

Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang. Jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung. Kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik. Cara menyimpan ni Shaa dapat sebab selalu boros.

Then memang habis je duit dalam bank. So cara macam ni simpan dalam tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit. Satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.

duit kahwin

Macam Shaa gaji dua minggu sekali, abang gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk (penuh). Cara ni duit gaji kita pun nampak kemana. So memang nak gaduh pasal duit kahwin takda kot. Harini 1 Disember, boleh la mula menabung. Goodluck gaiss.

Bukan itu sahaja, Shaa juga telah memasukkan wang simpanannya dalam Tabung Haji

Dua bulan sekali boleh masukkan dalam Tabung Haji. Bagus Tabung Haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tangan nak pergi cucuk duit.

Shaa kena bayar sewa rumah juga, motor pun kena bayar. Jadi cara yang kat atas Shaa guna untuk simpan dengan tunang Shaa. Jangan salah faham ye. Shaa bukan duduk rumah parents. So cara mcm ni simpan sikit-sikit inshaAllah boleh.

Ohh ya duit semua better perempuan yang pegang. Lelaki pulak kena selalu monitor. RM 992 × 12 bulan dapat RM 11,904, moga bermanfaat ya.

11/08/19 kami bertunang, 6/12/19 kami baru kahwin

Siapa cakap merancang untuk berkahwin tahun depan boleh dah mulakan tip kumpul duit kahwin yang dikongsikan ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin mengumpul duit kahwin.

BACA JUGA :: Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kumpul RM12k Duit Kahwin Dalam Setahun, Gadis Ini Ajar Tip Mudah.
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more