Salah guna kuasa dan gejala rasuah musuh negara
7 Nov 2020Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik
9 Nov 2020Gangguan Jin, Mengapa Anda Tidak sembuh Walau Di Ruqyah Berulang Kali? | Orang kata kalau nak buang gangguan jin cuba perubatan ruqyah, tapi kawan saya sudah sepuluh kali ruqyah masih tetap sama takda beza. Rupanya ini sebab dia tak sembuh-sembuh.
Sepanjang lima tahun saya terlibat dalam bidang rawatan ruqyah untuk gangguan jin, ramai juga pesakit saya yang datang berulang kali untuk mendapatkan rawatan susulan dari saya.
Ada sesetengah dari mereka, yang saya perasan walaupun sudah berulang kali diruqyah, tetapi gejala-gejala yang menunjukkan gangguan jin masih tidak berkurang. Apa yang tidak kena?
Mungkin perkara yang sama juga berlaku kepada anda. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda sebab-sebab yang menghalang gangguan jin yang anda alami dari sembuh.
Di dalam hidup kita ini, tidak dapat dinafikan, semua orang akan dilanda musibah dalam hidupnya. Sedar atau tidak, gangguan jin ini juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang dikenakan ke atas kita.
Kita ketepikan dulu persoalan mengapa gangguan jin yang kita hadapi tak sembuh-sembuh walaupun berulang kali kita melakukan terapi ruqyah.
Apa yang lebih penting untuk kita fikirkan ialah apakah musibah berupa gangguan jin ini merupakan satu ujian atau teguran dari Allah kepada kita?
Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana nak tahu perbezaan antara ujian dan juga teguran?
Mudah sebenarnya untuk kita membezakan diantara ujian dan juga musibah. Ujian ini biasanya diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh dan benar-benar bertaqwa kepada Allah. Dan ujian yang diberikan oleh Allah itu pula akan menjadikan iman mereka semakin bertambah.
Manakala musibah pula biasanya ditimpakan kepada mereka yang cara hidupnya jauh dari kehidupan beragama. Jadi, musibah yang Allah turunkan kepadanya adalah sebagai teguran, untuk memperingatkan bahawa dia semakin jauh dari Allah.
Ada musibah yang bila Allah turunkan pada seseorang akan dapat menyedarkannya, dan ada sesetengahnya pula tidak memberikan apa-apa kesan kepada manusia tersebut.
Baik, kita kembali kepada persoalan asal. Mengapa gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh?
Untuk memudahkan anda memahami jawapan saya, saya bawakan satu kisah tentang pesakit saya. Kisah ini dari pengalaman saya sendiri merawat pesakit tersebut.
Kisah ini berkaitan dengan seorang pesakit saya di mana saya memang mengenalinya. Beliau seorang pemuda yang hampir mencapai usia 20 an. Sebelum terkena gangguan jin, kehidupan beliau agak liar. Tak perlulah saya ceritakan liar yang macam mana.
Tapi selepas beliau terkena gangguan jin, dan berubat dengan saya, alhamdulillah beliau berubah dengan izin Allah. Bagi saya berubah 100%. Sekarang ini pun saya kerap berjumpa dengan beliau. Rajin solat berjemaah di masjid, menjadi anak yang taat dan dengar cakap ibu dan ayah. Dan sekarang sedang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang syariah.
Dan yang paling mengejutkan ialah, apabila beliau berubah sedemikian rupa, gangguan jin yang beliau alami juga sembuh. Ibunya rajin datang ke tempat saya merawat. Saya selalu bertanyakan tentang anaknya yang satu ini. Ibunya mengatakan memang anaknya dah tiada gangguan jin, dan sikapnya pun dah berubah.
Bahkan paling mengejutkan saya, ibunya rasa bersyukur apabila Allah menurunkan musibah berupa gangguan jin kepada anaknya. Kerana dengan sebab gangguan tersebutlah, anaknya akhirnya berubah dengan izin Allah.
Jadi dari kisah di atas, apa yang dapat anda fahamkan?
Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.
Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.
Satu lagi sebabnya ialah kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak berlapang dada dan redha dengan apa yang timpakan ke atas kita. Contohnya, apabila Allah timpakan kepada kita musibah berupa gangguan jin, kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak redha dan rasa marah dengan takdir.
Jadi, mari kita muhasabah semula diri kita. Mungkin ada perkara-perkara yang kita belum ubah yang menghalang kita untuk mendapat kesembuhan dari Allah. Semoga dengan perubahan yang kita lakukan nanti, Allah akan menyembuhkan gangguan jin yang ada di dalam diri, inshaa Allah.
BACA JUGA :: Amalan Dan Kaedah Mencari Barang Sihir Yang Ditanam atau Tersembunyi
Sumber : Kataustaz.com