Mencari Cinta : Pena Hijau

Mencari Cinta

20100214 hari valentine
Hari Valentine
14 Feb 2010
20101113 dalil dakwah wanita lelaki
Dalil Dakwah Wanita & Lelaki
13 Nov 2010
20100214 hari valentine
Hari Valentine
14 Feb 2010
20101113 dalil dakwah wanita lelaki
Dalil Dakwah Wanita & Lelaki
13 Nov 2010
20100306 mencari cinta
icon follow us

Mencari Cinta | Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar : Cikgu, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Guru : Ye, itu lah cinta…

Di hari lainnya pula, pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru : Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya.

Guru : Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar : Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab.

Guru : Itulah perkahwinan…….

Kesimpulannya… Janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Mencari Cinta
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more