Blogger Dan Wordpress?? : Pena Hijau

Blogger Dan WordPress??

20091105 skype lite
Skype Lite
5 Nov 2009
Cash Out Money from PayPal to Maybank Debit Card
26 Jan 2011
20091105 skype lite
Skype Lite
5 Nov 2009
Cash Out Money from PayPal to Maybank Debit Card
26 Jan 2011
20100716 blogger wordpress
icon follow us

Blogger Dan WordPress | Mungkin ramai yang sudah mengenali apa itu blog. Blog adalah nama singkatan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan web log.

Blog yang tipikal menggabungkan teks, gambar dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks. Namun ada juga sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik(blog MP3) atau audio(podcasting).

Terdapat banyak web yang menawarkan untuk mencipta blog secara percuma di internet. Antara yang paling terkenal ialah Blogger dan WordPress. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang menarik. Namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Perbezaan yang ketara ialah theme. Kedua-duanya mempunyai theme yang menarik namun blogger lebih senang dari segi memasang theme yang percuma berbanding dengan wordpress. Bagi wordpress pula ia mempunyai theme yang lebih menarik berbanding theme blogger dan kadangkala pencipta theme blogger akan adaptasi theme wordpress ke blogger. Namun untuk memasang theme percuma wordpress, anda terlebih dahulu mestilah mempunyai hosting (Antara pembekal hosting adalah seperti Exabytes, JomHosting dll). Memang terdapat default theme pada wordpress namun ia tidaklah semenarik theme yang direka oleh pereka grafik.

Walau begitu terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu asalkan anda selesa dan berpuas hati dengannya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Blogger Dan WordPress??
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more