Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim
13 Jan 2011Jawatan Kosong di Jabatan Pelajaran Melaka
13 Jan 2011Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah:-
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
- PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
- JURUTEKNIK LANDSKAP
TARAF JAWATAN : TETAP
PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam
- Bantuan Sara Hidup
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau mengambilnya sendiri di Pejabat (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan), MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
- Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Sebelum atau pada : 17 JANUARI 2011
Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.
Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.