Nabi Muhammad saw di dalam kitab hindu : Pena Hijau

Nabi Muhammad saw di dalam kitab hindu

Selawat Fatih
18 Jan 2011
ANE 20230811 silaturrahim
Nasihat Untuk Wanita
25 Feb 2011
Selawat Fatih
18 Jan 2011
ANE 20230811 silaturrahim
Nasihat Untuk Wanita
25 Feb 2011
icon follow us

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Yang menakjubkan ialah pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Pandit Vedaprakash Upadhyay manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar”. Pengarang adalah penyandang sami beragama hindu Brahmin berasal dari Bengali.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar, ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu di seluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian Muhammad Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta-fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci agama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

  1. Di dalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir di muka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia di alam ini. Al Quran telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk jin dan manusia.
  2. Menuruk ramalan agama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku di suatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut agama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
     
  3. Di dalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika dilihat makna bagi kedua nama tersebut, akan terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungi.
    VISHNUBHAGAT = Vishnu (tuhan) + Bhagat (hamba).
    Diterjemah dalam bahasa arab, tuhan (ALLAH) + hamba (Abdul) = ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w)
    SUMAANI (aman atau tenang)
    Diterjemah dalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
  4. Dalam buku buku agama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah kurma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi saw ialah buah kurma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak yang tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya sehingga digelar Al-Amin (Orang yg dipercayai).
     
  5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku di kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan di mana Nabi Muhammad dilahirkan dari golongan Quraish yang terkenal dan sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.
     
  6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat di dalam Gua. Bertepatan di mana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jibrail untuk mengunjungi serta mengajar Nabi saw berupa wahyu di dalam gua yang bernama Gua Hira’.
     
  7. Juga dinukilkan bahawa Tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara ke seluruh alam maya serta naik ke langit hingga langit ke-7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isyra’ dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al Aqsa di Pelestin. Dan Mi’raj Nabi saw kelangit ke-7 dengan menunggang seekor Bura’ dalam satu malam.
     
  8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh Tuhan. Ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
     
  9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal (kalendar Islam).
     
  10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap. Ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Pengarang mengajak penganut agama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam Al Qur’an telah diceritakan tentang ciri-ciri dan tanda-tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan dengan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah-hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Nabi Muhammad saw di dalam kitab hindu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more