Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur : Pena Hijau

Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
19 Mar 2011
Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
19 Mar 2011
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
19 Mar 2011
Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
19 Mar 2011
icon follow us

IKLAN JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
1) ARTIS BUDAYA (PEREKATARI) GRED B31 (KONTRAK)
2) ARTIS BUDAYA (JURULATIH) GRED B27 (KONTRAK)
3) AHLI MUZIK (KOMBO BUDAYA) GRED B27 (KONTRAK)
4) ARTIS BUDAYA (PENARI) GRED B17 (KONTRAK)

1. Jawatan : ARTIS BUDAYA (PEREKATARI)
Lelaki dan Wanita
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred B31
P1T1 RM 2419.09 – P1T13 RM 3598.81

I. Syarat Lantikan :
a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan;
b) Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan
c)
(i) Memiliki Diploma Seni Persembahan atau pengalaman 10 tahun dalam bidang seni persembahan bagi yang memiliki Sijil Seni Persembahan
(ii) Berkebolehan menyampaikan idea dan konsep persembahan dengan cemerlang.
(iii) Daya kreativiti yang tinggi
(iv) Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas di dalam bidang seni tari.
(v) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam cabang seni persembahan yang lain – Teater, Muzik dan lain-lain.
(vi) Berkompetensi merancang, mengutarakan idea dan pandangan secara bernas.
(vii) Berkebolehan menulis (mengintepretasi idea dan mengabstrak keativiti)
(viii) Berkebolehan mengelola dan bertindak sebagai Perekaseni
(ix) Sikap dan personaliti yang baik.
(x) Disiplin yang tinggi.
(xi) Mahir dalam IT (MS Word/ Power Point dan lain-lain)
d) Umur : 25 hingga 45 tahun
e) Pakaian : Pakaian yang bersesuaian (kemas) dan bersopan

2. Jawatan : ARTIS BUDAYA (JURULATIH)
Lelaki dan Wanita
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred B27
P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15

I. Syarat Lantikan :
a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan;
b) Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan
c)
(i) Memiliki Diploma Seni Persembahan atau pengalaman 5 tahun dalam bidang seni persembahan bagi yang memiliki Sijil Seni Persembahan
(ii) Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas di dalam bidang kejurulatihan seni tari.
(iii) Mempunyai pengetahuan yang luas di dalam cabang seni persembahan yang lain–Teater, Muzik dan lain-lain.
(iv) Daya kreativiti yang tinggi.
(v) Sikap dan personaliti yang baik.
(vi) Disiplin yang tinggi.
d) Umur : 25 hingga 45 tahun
e) Pakaian : Pakaian yang bersesuaian (kemas) dan bersopan
3. Jawatan : AHLI MUZIK (KOMBO BUDAYA)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred B27
P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15

I. Syarat Lantikan :
a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta kebolehan memainkan satu dan/ atau lebih alat muzik moden atau tradisional.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B27 : P1T4)

b) Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan.
c) Umur : 18 hingga 25 tahun
d) Pakaian : Pakaian yang bersesuaian (kemas) dan bersopan

4. Jawatan : ARTIS BUDAYA (PENARI)
Lelaki dan Wanita
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred B17
P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15
I. Syarat Lantikan :
a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan;
b) Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan. Keutamaan kepada calon-calon yang berkebolehan menari.
c) Lelaki : Tinggi :- 5 kaki 4 inci (163 cm)
Berat :- 116 – 126 Ibs (54 – 57 kg)

Wanita : Tinggi :- 5 kaki 2 inci (158 cm)
Berat :- 99 – 100 Ibs (45 – 50 kg)

d) Umur : 18 hingga 25 tahun
e) Pakaian : Pakaian yang bersesuaian (kemas) dan bersopan

5. Temuduga terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:-
Tarikh : 21 Mac 2011 (Isnin)
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Temuduga,
Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, 
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 4, Menara Tun Razak,Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-26926559/6530/6553
Catatan: Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan surat beranak, sijil persekolahan dan sekeping gambar foto saiz 3R (tidak dikembalikan)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more