Naik Taraf Windows 10 Diberikan Percuma : Pena Hijau

Naik Taraf Windows 10 Diberikan Percuma

Sony Xperia Z3X Dilihat Sebagai Peranti Hebat
5 Oct 2014
Step To Win Samsung GALAXY S6 32GB
12 May 2015

Microsoft telah mengumumkan akan memberikan naik taraf percuma ke Windows 10 kepada seluruh pengguna Windows. Tanpa mengira sama ada pengguna sistem operasi Windows tulen atau cetak rompak.
Bercakap kepada Reuters, Ketua Bahagian Sistem Operasi Microsoft, Terry Myerson menjelaskan Microsoft akan menaiktaraf sistem komputer yang layak kepada Windows 10 secara percuma tanpa mengira sama ada ianya tulen mahupun cetak rompak.
Di dalam laporan laman The Verge, pihak Microsoft menyatakan harapan melalui pemberian naik taraf percuma ini untuk memberikan peluang pengguna perisian cetak rompak merasai manfaat menggunakan perisian tulen dan seterusnya menggalakkan mereka membeli produk yang tulen pada masa hadapan.
Langkah ini memang pernah dilakukan oleh Apple yang mana, telah memberikan secara percuma naik taraf Mac OS kepada penggunanya.
Microsoft Windows 10 dijangka bakal menemui pengguna di 190 buah negara dalam 111 bahasa pada pertengahan tahun ini.
Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ