Resepi Kentang Putar Dan Kuah : Pena Hijau

Resepi Kentang Putar Dan Kuah

Hermo Buat Jualan Serendah RM 1 Sempena Ulang Tahun Ke-5?! Jom Grab!
14 Jun 2017
7 Cara Jadikan Diet Beralkali Bermanfaat
20 Mar 2019
Hermo Buat Jualan Serendah RM 1 Sempena Ulang Tahun Ke-5?! Jom Grab!
14 Jun 2017
7 Cara Jadikan Diet Beralkali Bermanfaat
20 Mar 2019
icon follow us

Kentang Putar
Bahan-Bahan : 
  • 6 biji kentang yang bersaiz besar 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 5 sudu besar susu segar 
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 
Cara-Cara : 
  1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas. 
  2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. 
Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. 😀

Sos Kentang Putar
Bahan-Bahan : 
  • 650 ml air 
  • 1 biji bawang Holland – cincang halus 
  • 1 batang saderi – cincang halus 
  • 3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi 
  • 4 sudu besar mentega 
  • 4 sudu besar tepung gandum 
  • 1 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • garam secukup rasa 
Cara-Cara : 
  1. Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk. 
  2. Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya. 
  3. Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat. 
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati. 
  5. Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap. 
  6. Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam. 
  7. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Resepi Kentang Putar Dan Kuah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more