7 Cara Jadikan Diet Beralkali Bermanfaat : Pena Hijau

7 Cara Jadikan Diet Beralkali Bermanfaat

Resepi Kentang Putar Dan Kuah
25 Aug 2017
Makanan Berasid Dan Beralkali Di Dalam Keajaiban Diet pH
21 Mar 2019
Resepi Kentang Putar Dan Kuah
25 Aug 2017
Makanan Berasid Dan Beralkali Di Dalam Keajaiban Diet pH
21 Mar 2019
icon follow us

Diet beralkali yang terdapat dalam suplemen, makanan beralkali dan air dapat membawa tubuh kembali seimbang. Vitamin, mineral dan herba ini memberikan tenaga baru kepada tubuh, kecergasan dan kesihatan yang lebih baik.
Makanan dan air beralkali perlu dimakan untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk meneutralkan asid dan toksin dalam darah, limfa, tisu dan sel badan.
Apabila keseimbangan pH di dalam badan adalah tidak seimbang, badan akan cuba memperbetulkan ketidakseimbangan pH ini. Proses ini akan mempamerkan gejala yang tidak selesa seperti selsema, alahan, penyakit, virus dan bakteria.
Apabila tahap pH dalam badan kita tidak seimbang, hampir semua badan boleh terjejas. Contohnya apabila sistem saraf terjejas hasil ketidakseimbangan pH ini akan timbul dalam bentuk kemurungan. Apabila sistem kardiovaskular terjejas, kita boleh mengalami penyakit jantung atau mengalami masalah jantung yang lain termasuk penebalan dan pengerasan arteri, penyakit koronari, rasa sakit atau ketidakselesaan di dada, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Otot-otot sering berasa keletihan dan kurang tenaga. Kulit nampak lebih cepat tua daripada usia.
Apabila paras pH badan seimbang, tubuh mencapai berat badan yang ideal.
Peralihan kepada diet yang lebih beralkali memerlukan disiplin dan perubahan dalam pengambilan makanan. Pepatah inggeris ada menyebut “small changes go a long way”. Oleh itu, tambahlah lebih banyak makanan beralkali ke dalam diet anda secara beransur-ansur.
7 Cara pemakanan alkali untuk memberi manfaat kepada anda
  1. Kurangkan pengambilan gula dan produk yang dihasilkan daripada gula seperti soda, pai, ais krim, jeli, jem, jus tiruan, puding, donat, sirup jagung, gula-gula getah, minuman manis, kuih muih, sarapan bijirin, minuman campuran.
  2. Elakkan makanan yang diproses dan perasa seperti sos tomato, kuah salad, acar, buah-buahan dalam tin, roti, keju keju, mentega kacang, makanan laut siap, sayuran beku, sup bertin, hotdog, sosej, yoghurt manis.
  3. Elakkan memasak dan memanaskan makanan dan minuman dalam microwave.
  4. Elakkan tenusu, daging, makanan goreng dan makanan segera.
  5. Lebihkan pengambilan sayuran mentah dan buah segar mentah (tanpa gula). Anda harus memasukkan sayuran mentah dalam setiap hidangan. Jika pengambilan sarapan pagi anda kecil iaitu hanya makan roti bakar atau bijirin, berhenti makan roti tersebut. Ambillah jus buah-buahan atau sayur-sayuran segar. Jika makan tengah hari anda biasanya terdiri daripada sandwic cuba menggantikannya dengan salad mentah atau jus sayuran. Dapatkan salad besar sebelum anda makan hidangan berat semasa makan malam.
  6. Bijian merupakan diet seimbang dan penting dalam menjaga keseimbangan alkali dalam tubuh. Bijian adalah sumber vitamin, mineral dan nutrien penting termasuk asid folik, serat, antioksidan, karbohidrat dan phytoestrogen. Jabatan Makanan dan Sains dan Pemakanan di University of MInnesota menyatakan bahawa pengambilan bijirin secara keseluruhan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik termasuk kanser dan penyakit kardiovaskular. Dengan memakan bijirin anda boleh makan kurang tetapi merasa kenyang. Biji-bijian harus terdiri daripada kira-kira 20% daripada diet anda.
  7. Minum sekurang-kurangnya separuh daripada berat badan anda setiap hari. Tambah mineral cecair untuk meningkatkan kualiti air.
Sekiranya anda mengikuti langkah mudah ini, ia akan membolehkan anda membuat keseimbangan alkali yang sesuai di dalam badan anda.
Mencipta keseimbangan alkali yang betul di dalam tubuh anda akan membawa anda kepada peningkatan kualiti hidup. Anda akan mula melihat peningkatan dalam kesihatan anda. Tenaga anda akan meningkat. Anda akan membina kekuatan, stamina, dan kuat terhadap penyakit. Seluruh badan anda akan berfungsi lebih cekap seperti yang sepatutnya dilakukan.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

7 Cara Jadikan Diet Beralkali Bermanfaat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more