Hari Ke-13 Tragedi Oktober 2018
21 Oct 2018Hari Ke-15 Tragedi Oktober 2018
23 Oct 20180630 : Ayah masih lagi ditidurkan oleh doktor. Kami bacakan Yasiin untuk ayah.
1321 : Keadaan ayah baik tengahari ini. Saya genggam tangan kanan ayah. Ayah gerakkan mulut ayah seolah-olah cuba untuk beritahu saya sesuatu. Doktor ada maklumkan petang ini akan dicabut tiub di mulut ayah. Pengarah dan sorang kawan ayah dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas dan dua orang kawan perempuan ayah dari Maahad ada ziarah ayah tengahari ini.
1747 : Alhamdulillah.. Ayah semakin baik. Tiub oksigen dah dicabut. Ayah dipakaikan mask oksigen sekarang.
Anak didik ayah di MRSM KT mewakili batch 1995/1996, Abu Sufian datang bersama keluarga beliau dari Terengganu untuk ziarah ayah. Saya mewakili keluarga ustaz mengucapkan terima kasih di atas ingatan, sumbangan dan doa kepada ustaz.
Isnin
13 Safar 1440H / 22 Okt 2018