Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
0700 : Keadaan ayah masih stabil dan pernafasan juga tenang berbanding petang kelmarin. Ada respon daripada ayah melalui mata, tangan dan juga kaki.
1830 : Ayah masih stabil. Tekanan darah pun baik. Petang ni ayah ditidurkan oleh doktor sebab nak tukar tiub kat mulut ayah. Doktor kata tiub tersumbat dengan darah beku. Petang ni juga ayah terima kunjungan daripada YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga kawan ayah di Maahad hingga ke UKM.
Ahad
12 Safar 1440H / 21 Okt 2018