Hari Ke-16 Tragedi Oktober
24 Oct 2018Hari Ke-18 Tragedi Oktober 2018
26 Oct 2018Ayah dari pagi tadi dikenakan kuarantin oleh doktor. Mak dan kami adik beradik hanya boleh melihat ayah dari hujung katil. Kami tidak boleh berada dekat di sebelah ayah.
Tengahari tadi, jururawat yang menjaga ayah ada beritahu, kalau bukan disebabkan oleh adanya jangkitan kuman, ayah mungkin akan berpindah wad dalam dua atau tiga hari lagi.
Waktu melawat petang tadi ayah ada bagi isyarat tangan meminta untuk saya berada di sebelah ayah. Saya cakap pada ayah yang saya tak boleh buat sebagaimana yang dipinta. Ayah bertanya kenapa? Saya beritahu bahawa saya tidak boleh melepasi garisan merah yang telah dibuat doktor sebab ada jangkitan kuman. Ayah nampak seperti faham penjelasan saya.
Lepas itu, ayah ada beritahu yang ayah lapar sebab memang rutin kami makan malam dalam pukul 6 lebih. Jururawat bertugas beritahu, ayah sudah pun diberi makan pukul 4 petang tadi dan waktu makan seterusnya pada pukul 8 malam nanti.
Di akhir waktu melawat pada pukul 07:00 malam, mak dan saya sempat berpesan supaya ayah banyakkan bersabar, ingat Allah dan perbanyakkan rehat.
Khamis
16 Safar 1440H / 25 Okt 2018