Hari Ke-18 Tragedi Oktober 2018
26 Oct 2018Hari Ke-20 Tragedi Oktober 2018
28 Oct 20180544 : Ayah tak tidur sangat malam tadi. Ayah selalu bertanyakan tentang masa… pukul berapa… Hospital mana berada sekarang… kenapa boleh masuk hospital… tanya tentang mak, anak-anak yang lain, cucu-cucu ayah… subuh dah masuk ke belum… Masuk waktu subuh, ayah minta untuk solat subuh atas katil.
0700 : Pagi ni aku balik sekejap untuk mandi dan berehat. Diganti oleh adik aku, Zarif.
1200 : Pagi tadi jururawat periksa ayah. Tekanan darah ayah tinggi. 154/6X. Mungkin sebab ayah kurang tidur. Cikgu Saiful, kawan ayah di KKTM Pasir Mas ada melawat ayah bersama isteri dan anak-anak. Jururawat ada maklum tadi, ayah masih ada lagi jangkitan kuman. Jadi mana-mana yang melawat ayah perlu cuci tangan sebelum dan selepas melawat ayah.
1700 : Alhamdulillah tekanan darah ayah dah turun kepada 144/XX. Ayah banyak tidur tadi.
Sabtu
18 Safar 1440H / 27 Okt 2018