Hari Ketiga Tragedi Oktober 2018
11 Oct 2018Hari Kelima Tragedi Oktober 2018
13 Oct 20180700 : Ayah ada respon pergerakan mulut, tangan & kaki seolah2 cuba utk bangun. Masa melawat selama 30 minit dimanfaatkan sepenuhnya dengan bacaan yasiin.
1200 : Ayah mula membuka mata, gerakkan tangan dan kaki. Mengikut kata Dr. Tan kondisi ayah stabil. Hasil CT Scan juga baik. Berkenaan cecair yang keluar melalui telinga ayah adalah cecair di dalam otak disebabkan oleh selaput yang pecah. Doktor sarankan agar dibuat pembedahan kecil utk memasukkan tiub supaya cecair tersebut keluar melalui tiub tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman pada ayah. Penggunaan oksigen juga semakin baik berbanding sebelum ini. Tarikh pembedahan belum dimaklumkan.
Saya bagi pihak ahli keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKM Kuala Lumpur, IKM Sik, IKM Bintulu, ahli qariah Pintu Geng, saudara mara dan sahabat-sahabat ayah yang menziarahi ayah walaupun datang jauh dari Kuala Lumpur dan semua yang mendoakan kesembuhan ayah.
1900 : Kondisi ayah masih sama seperti tengahari tadi. Ramai sanak saudara dari Pintu Geng, Kutan dan Pondok Pasir Tumboh, sahabat-sahabat ayah, anak murid ayah datang ziarah ayah.
Alya 6 tahun, cucu sulung ayah datang lihat ayah secara dekat setelah diberi keizinan oleh jururawat yang bertugas. Saya ajar doa ringkas untuk Alya buat kesembuhan Oppa nya.
Jumaat
03 Safar 1440H / 12 Oktober 2018