
Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha & Cuti Sekolah 2026: Rehat, Ibadah dan Masa Bersama Keluarga
25 May 2026
Pagi tadi Abey berpeluang menyertai satu program kayuhan santai anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan pejabat Abey (Kelab SUKAT). Walaupun sekadar kayuhan santai, suasana program memang meriah dan penuh semangat kekeluargaan.
Seawal jam 7.30 pagi, Abey tiba di rumah mentua En. Nasir selaku Pengerusi Biro Sukan Kelab SUKAT yang terletak di Kampung Pulau Belanga, Daerah Sering, Kota Bharu. Sampai sahaja di sana, para peserta disambut dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Memang terbaik layanan pagi-pagi macam ni. Sambil makan, sempat juga berborak dan bergurau dengan rakan-rakan pejabat sebelum kayuhan bermula.
Sebelum pelepasan, En. Nasir memberikan sedikit taklimat ringkas berkaitan laluan, aspek keselamatan dan perjalanan program. Tepat jam 8 pagi, kayuhan pun bermula dari Pulau Belanga, Kota Bharu menuju ke Pantai Senok, Bachok melalui jalan kampung.

Imej : Bergambar sebelum pelepasan.
Menikmati Suasana Kampung dan Udara Pagi
Kayuhan kali ini memang seronok kerana laluan melalui kawasan kampung yang tenang dan nyaman. Udara pagi yang segar, pemandangan kehijauan dan suasana kampung menjadikan kayuhan terasa lebih santai walaupun jarak perjalanan pergi dan balik hampir 19 kilometer.
Bagi Abey, program seperti ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja di luar suasana pejabat. Kadang-kadang ketika berkayuh inilah baru sempat berbual santai dan bertukar cerita.
Sampai di kawasan Pantai Senok, sempat juga berehat seketika menghilangkan dahaga, makan pisang, bergambar… sambil menikmati pemandangan pantai yang cukup terkenal di Kelantan. Pantai Senok memang dikenali dengan suasana ala-ala “Nami Island Kelantan” kerana deretan pokok rhu yang cantik dan redup.

Imej : Pantai Senok, Jajahan Bachok

Imej : Team Pengurusan Kuari

Imej : Bersama En. Nasir, Pengerusi Biro Sukan

Imej : Bersama En. Asyraf

Kepentingan Aktiviti Santai dan Sukan
Dalam kesibukan kerja harian, aktiviti seperti kayuhan santai sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Selain membantu meningkatkan stamina, ia juga mampu mengurangkan stres dan memberi ruang untuk badan lebih aktif.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, semua peserta selamat tiba semula di rumah mentua En. Nasir selepas selesai kayuhan.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur, pihak marshal serta semua yang terlibat dalam menjayakan program kayuhan santai ini. Terima kasih juga kepada En. Nasir sekeluarga selaku tuan rumah atas layanan yang sangat baik.
Waktu menulis post ni, pangkal paha kanan Abey mula dah rasa tak selesa. Mungkin sebab kemalangan motor awal tahun 2000-an dulu. Tu la glenya nak gateh jauh sangat. Tapi tak po ore klate kato barey jijok angin. 😄
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepada Abey selama ini. Jasa kalian amat dihargai ❤️
Insha Allah, video 360° yang Abey ambil guna Insta360 x4 akan Abey upload dalam channel youtube Abey esok.
Kalau korang ada hobi berbasikal atau pernah join kayuhan santai macam ni, jom kongsikan pengalaman di ruangan komen 😄
Jangan lupa share artikel ini, like dan tinggalkan komen di bawah sebagai tanda sokongan kepada blog Abey!




