Hari Ketujuh Tragedi Oktober 2018
15 Oct 2018Hari Kesembilan Tragedi Oktober 2018
17 Oct 20180700 : Kondisi ayah pagi ini masih stabil. Ada pergerakkan tangan dan kaki ayah. Ayah juga membuka mata sekali sebelum waktu melawat tamat.
1338 : Menurut Dr. Mohd Farhan, kondisi ayah masih seperti biasa. Ayah masih demam. Paru-paru secara perlahan-lahan pulih. Wayar VP Shunt akan dibuang dalam masa 2 3 hari lagi.
1740 : Petang ini, ayah dah tak demam lagi. Menurut Dr. Tan paru-paru ayah beransur pulih secara perlahan-lahan. Penggunaan alat bantuan oksigen dalam 40% berbanding mula-mula dahulu dalam 70%. Tiub VP Shunt akan dicabut esok atau pun lusa. Sekiranya masih ada lagi cecair otak keluar melalui telinga, tiub akan dipasang balik.
Selasa
07 Safar 1440H / 16 Okt 2018