Hari Kelima Tragedi Oktober 2018 : Pena Hijau

Hari Kelima Tragedi Oktober 2018

tragedi oktober 2018
Hari Keempat Tragedi Oktober 2018
11 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Keenam Tragedi Oktober 2018
14 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Keempat Tragedi Oktober 2018
11 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Keenam Tragedi Oktober 2018
14 Oct 2018
tragedi oktober 2018
icon follow us

tragedi oktober 2018

 

0630 : Mak & kami adik beradik datang ziarah ayah. Kondisi ayah masih stabil. Kesempatan selama 30 minit ini, kami isi dengan bacaan Yasiin untuk ayah.

1215 : Ayah demam hari ini. Ayah kurang bergerak kalau dibandingkan dengan kelmarin. VP Shunt sudah pun dibuat semalam. Menurut jururawat penggunaan kapas di telinga ayah baru 1 kali berbanding sebelum dibuat VP Shunt yang mana lebih kurang 4 kali.

vp shunt

Berdasarkan makluman daripada Dr Tan, fungsi otak ayah tidak ada masalah. Tetapi ayah ada masalah berkaitan paru-paru. Doktor terpaksa meningkatkan dos bius ayah supaya penggunaan oksigen ke paru-paru ayah dapat berjalan dengan baik. Dr. Tan menggalakkan bercakap dengan ayah supaya dapat merangsang otak ayah tetapi kurangkan sentuhan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

kawan ayah ziarah

Sahabat-sahabat ayah yang dapat ziarah ayah tengahari ini.

1900 : Keadaan ayah tidak berubah. Masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Tiada pergerakan tangan dan kaki petang ini. Mungkin kesan daripada ubat bius yang dosnya lebih tinggi dari kelmarin. Oleh kerana petang ini kurang orang yang datang ziarah ayah, dapat lah mak luangkan masa lebih lama dengan ayah.

 

Sabtu
04 Safar 1440H / 13 Okt 2018

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Hari Kelima Tragedi Oktober 2018
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more