Tragedi Oktober 2018
9 Oct 2018Hari Ketiga Tragedi Oktober 2018
11 Oct 2018Mulai hari ini, bermula lah episod baru dalam hidupku menjadi pengunjung setia Wad 2 Delima. Berita kemalangan yang menimpa Mak dan Ayah keluar di dalam Sinar Harian.
Doktor ada maklumkan keadaan Ayah stabil tapi masih tidak sedarkan diri. Terdapat tekanan di bahagian paru-paru yang mungkin akibat daripada hentakan kuat semasa kemalangan. Alhamdulillah… Mak dah boleh keluar wad hari ini.
Sahabat-sahabat Ayah semasa di Maahad Muhammadi Kota Bharu, UKM dan MRSM Kuala Terengganu datang menziarahi Ayah. Ada yang datang dari Rantau Panjang, Kota Bharu Terengganu… Begitu juga keluarga mertuaku dan sahabatku yang datang menziarahi Ayah.
Rabu
01 Safar 1440H / 10 Oktober 2018