Kenali Jajahan Pasir Mas : Pena Hijau
Kenali Jajahan Kota Bharu
14 Feb 2019
Kenali Jajahan Tumpat
19 Feb 2019
Kenali Jajahan Kota Bharu
14 Feb 2019
Kenali Jajahan Tumpat
19 Feb 2019
jajahan pasir mas
icon follow us

Kenali Jajahan Pasir Mas | Pasir Mas adalah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

Antara pusat membeli-belah dan pasaraya yang terdapat di Jajahan Pasir Mas adalah :

  1. MYDIN Mall Bandar Tasek Raja (AKAN DIBUKA)
  2. Emporium MYDIN Rantau Panjang
  3. Plaza Serakai Mas
  4. Pasaraya PKT Tendong
  5. Pasaraya Pantai Timor Pasir Mas
  6. Pasaraya Pantai Timor Rantau Panjang
  7. Zon Bebas Cukai
  8. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  9. Pasaraya Pantai Timor Mart Lubuk Jong
  10. Pasaraya Salamku Tendong

Disenaraikan beberapa tempat menarik di Pasir Mas :

  1. Masjid Beijing, Rantau Panjang (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail)
  2. Masjid Brunei (Masjid Terapung Pasir Mas)
  3. Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang
  4. Dataran Air Muleh Pasir Mas
  5. Taman Rekreasi Tengku Anis
  6. Rantau Panjang
  7. Masjid Bandar Pasir Mas
  8. Plaza Serakai Mas
  9. Tasik Danau To’Uban
  10. Tasik Kwong
  11. Pusat Pengajian Pondok di Daerah Pasir Mas
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kenali Jajahan Pasir Mas
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more