Kenali Jajahan Bachok : Pena Hijau

Kenali Jajahan Bachok

Uji Otak : Otak Lelaki Atau Perempuan
13 Mar 2019
kenali jajahan kuala krai
Kenali Jajahan Kuala Krai
18 Mar 2019
Uji Otak : Otak Lelaki Atau Perempuan
13 Mar 2019
kenali jajahan kuala krai
Kenali Jajahan Kuala Krai
18 Mar 2019
icon follow us
Bachok merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan terbahagi kepada 8 daerah iaitu :
  • Daerah Gunong
  • Daerah Tawang
  • Daerah Perupok
  • Daerah Melawi
  • Daerah Telong
  • Daerah Bekelam
  • Daerah Mahligai
  • Daerah Tanjong Pauh


Sejarah nama Bachok

Terdapat dua versi bagaimana Bachok mendapat nama. Menurut satu versi, Bachok diberi nama setelah seseorang yang disebut Tok Bachok (Atif), yang diyakini sebagai penduduk pertama di kawasan tersebut. Pedagang dari China berlabuh di Pengkalan Cina di Bachok lama untuk perdagangan sutera dan rempah-rempah.
Manakala versi yang lebih popular, menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

Sejarah/Dongeng

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok.
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong. Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi. 
Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.
Tempat-Tempat Menarik
Antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi adalah : 
  1. Pantai Irama / Beach of Melody
  2. Pantai Senok
  3. Pantai Kemayang
  4. Pantai Melawi
  5. Pasar Besar Siti Aisyah, Jelawat
  6. Industri Perikanan
  7. Akademi Nik Rashiddin
  8. Perusahaan Atap Singgora
  9. Kuil Photikyan Phutthakham / Kuil Naga
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kenali Jajahan Bachok
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more