“Kerajaan negeri berharap dasar itu menjadi satu garis panduan bagi membina satu tamadun generasi soleh yang cemerlang dunia akhirat,” katanya pada pelancaran dasar tersebut.
Sehubungan dengan itu, Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita telah mengadakan satu seminar Dasar Kanak-Kanak Fitrah Kelantan bagi memberi penerangan mengenai dasar ini. Melalui ucapan perasmian daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, Hajah Mumtaz bt. Md Nawi, seminar dan taklimat penerangan mengenai dasar ini akan diteruskan ke jajahan-jajahan lain di Kelantan.
Antara panel jemputan dalam seminar ini adalah :
- Taklimat Dasar Kanak-kanak Fitrah Kelantan oleh Dr. Nurhafilah Musa, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Anak-anak Pencorak Ummah oleh Ustaz Saibon Ismail, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah