Hari Ke-20 Tragedi Oktober 2018
28 Oct 2018Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1440H
4 Jun 2019Fix Express Smartphone Repair | Alkisah 25 Mac baru ni, Samsung Note 5 ku jatuh betul-betul skrin menghempap lantai. huhuhu… jadi la skrin Note 5 macam gambar di bawah ni pada asalnya…
Mula-mula tu okay la.. dapat la baca walaupun sukar nak baca. Dan sempat jugak la penuhi seorang rakan sepejabat untuk beli topup dari aku. ( Sape-sape nak jadi agent topup boleh call aku 😁 )
Malam tu… slow-slow part yang hitam terus membesar. Hampir penuh satu skrin. Last-last terus skrin aku black out. Nasib la laptop aku dah siap-siap sync whatsapp. Jadi.. berwassap la aku di dalam web whatsapp..
Pergi tanya kedai repair dekat dengan Tesco KB, Harga dipinta RM900. WOW!!! Mak ai.. Dapat beli fone baru. Dengan harga tu, aku dapat beli Note 5 yang secondhand sebiji. Terpaksa lah aku simpan dulu hasrat nak tukar skrin. huhuhu… Nak tukar fone lain.. sayang… banyak data-data penting dalam Note 5 tu. Gambar-gambar family, data-data client Topup… client Web.. client Sistem…
Last skali… ada kawan sekerja rekemen kedai kawan dia kat Tawang, Bachok. So 27 April aku pergi kedai tu.. betul-betul depan SK Tawang. So sape-sape nak datang kedai ni, cari landmark dia SK Tawang (Lokasi Google Maps).
Lepas diorang check memang masalah skrin, Harga yang diberi jauh lebih murah berbanding RM900. 33% dapat jimat!! Hari tu jugak Note 5 aku kembali ceria dengan skrin baru yang original. Note 5 kembali berwarna… 😃😃😃
Sape-sape nak repair handphone, tablet, laptop.. highly rekemen kedai ni. Support bisnes melayu.. bisnes orang muda.
FIX EXPRESS SMARTPHONE REPAIR
018 – 283 2014