Bagaimana mengakses Netflix USA di negara lain menggunakan VPN percuma
12 Feb 2019(Tutorial) Cara Memaksa Paparan OnePlus 7 Pro Sentiasa Berada Dalam Mod 90Hz
14 Jun 2019LinkedIn baru-baru ini telah berkongsikan beberapa panduan kepada graduan Malaysia untuk merebut peluang pekerjaan dalam industri. Perkongsian teknik pekerjaan ini dapat membantu graduan untuk lebih peka akan kriteria asas yang perlu dilakukan sebelum memulakan kerjaya.
Untuk makluman anda, LinkedIn adalah antara platform yang digunakan orang ramai untuk mencari peluang pekerjaan. Berbekalkan 4 juta pengguna di Malaysia, LinkedIn juga memainkan peranan dalam membantu kemasukan graduan dengan penawaran 20 juta pekerjaan dalam industri dilihat berdasarkan kemahiran dan minat yang dimiliki. Berikut adalah antara panduan yang dikongsikan oleh pihak LinkedIn kepada graduan:
Persoalan pertama adalah bertanyakan pada diri anda sendiri. Apa yang mendorong anda untuk memilih bidang yang diceburi? Mengetahui jawapan ini adalah amat penting kerana dapat membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Seterusnya, anda boleh mendaftarkan diri pada laman LinkedIn dan sertakan maklumat diri – akademik serta kemahiran yang dimiliki. Lebih menarik, sekiranya anda mempunyai pengetahuan am tambahan dan pengalaman dalam bidang yang ingin diceburi, ia dapat menjadikan profil diri anda lebih menarik. Menerusi profil seperti ini, LinkedIn dapat mencipta peluang baik untuk anda menyerlah berbanding yang lain.
Seperti yang kita ketahui, ciri paling utama sewaktu mencari peluang pekerjaan adalah memiliki sijil kelayakan. Tidak semestinya memiliki kelayakan pada peringkat yang tinggi. Memadai dengan minat dan komitmen anda untuk ceburi bidang pekerjaan yang dinginkan. Walaubagaimanapun, adanya kelayakan seperti sijil, diploma, ijazah atau kemahiran ini mampu membuka peluang anda lebih luas untuk menerokai pelbagai jenis peluang pekerjaan. Sekiranya terdapat kemahiran baru yang anda ingin pelajari atau perbaiki, platform atas-talian seperti LinkedIn Learning dapat membantu anda untuk memulakan langkah tersebut. Platform tersebut, secara tidak langsung mendedahkan anda dengan pengetahuan baharu.
Panduan seterusnya adalan menyemak peluang pekerjaan di bahagian tapisan carian kerja LinkedIn. Melalui tapisan pada bahagian carian kerja tersebut ia akan mengecilkan skop pencarian anda mengikut kriteria yang diperlukan oleh industri. Setelah itu, pada kotak carian tersebut anda boleh menambah frasa utama untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan yang anda miliki. Untuk memudahkan carian anda lagi, boleh rujuk pada bahagian Pemberitahuan Pekerjaan Segera dan Tajuk Pekerjaan.
Pada platform LinkedIn, terdapat komuniti yang sedia membantu anda untuk memudahkan proses pencarian pekerjaan. Di mana komuniti ini boleh menjadi kunci utama dalam membantu anda untuk mencari pekerjaan yang anda mahukan. Sekiranya, anda kekal berhubung dengan komuniti ini untuk sebarang pemberitahuan, kebarangkalian untuk menerima panggilan daripada penemuduga adalah 4 kali ganda. Ini membezakan apabila anda sentiasa merujuk pada komuniti di LinkedIn berbanding sekadar memohon namun tidak membuat sebarang rujukan dengan rangkaian tertentu.
Untuk panduan terakhir adalah anda perlu mengenali lebih banyak tentang syarikat yang anda ingin menjadi sebahagian daripadanya. Hal ini kerana, sedikit sebanyak dapat membentuk diri anda untuk mengetahui kriteria yang dinginkan oleh pihak syarikat.Adanya keterampilan diri yang baik seperti ini, anda akan berjaya. Bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan latarbelakang syarikat yang anda inginkan, pelbagai sumber maklumat anda boleh perolehi pada laman LinkedIn.
Itu sahaja perkongsian yang disarankan oleh pihak LinkedIn kepada graduan untuk kali ini. Apa yang penting adalah anda perlu ketahui kaedah yang tepat sebelum memula langkah pada bidang kerjaya — yang mana ia bakal menentukan masa hadapan anda sama ada ianya berbaloi ataupun tidak. Selamat mencuba dan maju jaya 🙂
Sumber : Amanz.my