(Tutorial) 4 Langkah Mudah Menukar Muka Jam Mi Band 4 : Pena Hijau

(Tutorial) 4 Langkah Mudah Menukar Muka Jam Mi Band 4

(Tutorial) Cara Menyusun Aplikasi Pada iPhone Dan iPad Mengikut Turutan Abjad Secara Automatik
24 Jun 2019
(Tutorial) Asus ZenFone Max Pro M1 Menerima Sokongan Custom ROM AOSP Android 10 Stabil
6 Sep 2019
(Tutorial) Cara Menyusun Aplikasi Pada iPhone Dan iPad Mengikut Turutan Abjad Secara Automatik
24 Jun 2019
(Tutorial) Asus ZenFone Max Pro M1 Menerima Sokongan Custom ROM AOSP Android 10 Stabil
6 Sep 2019
icon follow us

Mi Band 4 adalah gelang kecergasan pintar baharu daripada Xiaomi. Ia mempunyai skrin yang lebih besar, tetapi masih mengekalkan saiz yang sama dengan Mi Band 3. Selain itu, skrin Mi Band 4 kini adalah skrin OLED berwarna dengan penawaran banyak pilihan muka jam. Sistem yang digunakan pada Mi Band 4 boleh dikatakan mirip dengan Amazfit Bip.

Dalam artikel ini akan saya ajarkan empat langkah mudah menukar muka jam pada Mi Band 4. Ini bermakna, anda tidak lagi terhad menggunakan muka jam yang sedia terpasang dalam Mi Band 4 atau aplikasi Mi Fit.

Mi Band 4 buat masa ini belum lagi dijual secara rasmi, tetapi ia akan hadir tidak lama lagi. Beli Mi Band 4 di mana-mana kedai (fizikal atau atas talian) atau penjual yang dipercayai ramai. Contoh kedai atas talian adalah seperti Xiaomi Global di Shopee. Perlu diingatkan, semua set yang dijual sekarang adalah set China. Jadi sebelum ia ditambat pada peranti anda, Mi Band 4 akan memaparkan arahan dalam bahasa China.

Pasang aplikasi Mi Fit pada peranti anda. Selepas log masuk, pergi ke ‘Profile‘, tekan ‘Add device‘, pilih ‘Band‘ dan tambatkan Mi Band 4 anda. Selesai proses tambatan, Mi Band 4 anda akan menjadi bahasa Inggeris.

Cari aplikasi MiBand4 – WatchFace for Xiaomi Mi Band 4 di Google Play Store dan pasangkan pada peranti anda. Disebabkan ini adalah aplikasi percuma, akan terdapat iklan yang menjengkelkan. Usah risau, setakat ini tiada isu sekuriti atau privasi terdapat pada aplikasi ini. Malah, aplikasi ini mendapat skor 4.8/5 bintang di Play Store.

Kemudian, pilih muka jam yang digemari dan tekan ‘INSTALL‘ untuk langkah yang lebih mudah. Pilihan lain adalah untuk tekan ‘DOWNLOAD‘ agar ia akan terus tersimpan dalam peranti anda.

Selesai ‘INSTALL‘ atau ‘DOWNLOAD‘, buka semula aplikasi Mi Fit. Pergi ke bahagian ‘Profile‘, pilih Mi Band 4 anda, tekan ‘Band display settings‘ dan tekan ‘My band displays‘. Pilih muka jam yang anda pilih tadi dari aplikasi MiBand4 – WatchFace for Xiaomi Mi Band 4 dan tekan ‘Sync watch face‘.

Itu sahaja dan anda sudah memiliki muka jam serba baharu yang lebih unik. Anda tidak lagi perlu membuat kerja yang banyak seperti muat turun dari laman web khas dan membuat penukaran nama fail atau lain-lain kerja yang melecehkan.

Muka jam yang berwarna dan banyak fungsi akan menggunakan bateri yang lebih banyak, sekali gus akan mengurangkan daya ketahanan bateri Mi Band 4 sebenar

Sumber : Amanz.my

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

(Tutorial) 4 Langkah Mudah Menukar Muka Jam Mi Band 4
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more