Padang Mahsyar : Pena Hijau

Padang Mahsyar

teknik kejuruteraan keperluan
Teknik-Teknik Pemerolehan Keperluan Dalam Kejuruteraan Keperluan
22 Jul 2019
Selamat Hari Lahir
28 Aug 2019

Perbualan antara seorang anak berumur 7 tahun dengan ayahnya…

Alya : Abi, padang mahsyar tu gapo?

Abi : Padang Mahsyar tu tempat berimpun semua manusia sebelum masuk syurga dengan neraka.

Alya : Abi, betul ko padang mahsyar kekgi, Abi dengan Ibu tak ingat ko Alya?

Abi : Betul la tu. Bukan Abi dengan Ibu jah. Omma Oppa pun dok ingat. Alya sendiri pun dok ingat ko Abi dengan Ibu. Sebab maso tu, semua oghe takut. Kekgi semua oghe bawak pahala dengan dosa. Kat situ ada nimbe. sapo-sapo hok banyak buat dosa.. dosa dia lagi berat dari pahala.. dia masuk neraka. Kalu pahala lagi berat dari dosa.. dia banyak buat baik.. dia masuk syurga…

Mata si anak mula berkaca..

Alya : Tapi… Alya dok sir Abi Ibu dok ingat ko Alya kat padang mahsyar.

Terus air mata si anak laju turun sambil teresak-esak. Si ayah cuba untuk tenangkan perasaan si anak

Abi : bakpo nak sedihnyo.. kekgi dalam syurga boleh jupo smula. Abi Ibu Omma Oppa jupo balik dengan Alya.

Alya : tapi Alya takut Alya dok leh masuk syurga. Alya masuk neraka.

Si ayah pula rasa sedih dalam hati dengar kata-kata sebak si anak…

Abi : bakpo nak masuk neraka nyo… sebab tu Abi sokmo suruh Alya smaye, ngaji Quran, kecek molek-molek.. Alya kan rajin.. baik.. juruh… kekgi kita jupo smula dalam syurga.

Kedengaran suara azan isya’ berkumandang. Tangisan si anak mula perlahan…

Alya : Abi, oghe tengah bang tu.. Abi… Alya nak smaye dengan Abi

Abi : jom ambik air smaye dulu..

😄😄😄

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ