Ini Cara Menyemak Baki Kredit Touch n’ Go Dalam MyKad Anda : Pena Hijau

Ini Cara Menyemak Baki Kredit Touch n’ Go Dalam MyKad Anda

(Tutorial) Asus ZenFone Max Pro M1 Menerima Sokongan Custom ROM AOSP Android 10 Stabil
6 Sep 2019
Ini Adalah Cara Menikmati Kandungan Disney+ Di Peranti iOS Tanpa Mencetak Rompak
15 Nov 2019
(Tutorial) Asus ZenFone Max Pro M1 Menerima Sokongan Custom ROM AOSP Android 10 Stabil
6 Sep 2019
Ini Adalah Cara Menikmati Kandungan Disney+ Di Peranti iOS Tanpa Mencetak Rompak
15 Nov 2019
icon follow us

Minggu lalu perkhidmatan menambah nilai kad Touch n’ Go telah dihentikan pada lorong keluar tol milik PLUS. Keputusan yang diambil ini menerima reaksi negatif pengguna kerana dilihat menyusahkan. Terdapat banyak kes pengguna perlu keluar dari kenderaan di plaza tol sebelum perlu berjalan ke pejabat pengurusan atau stesen minyak berhampiran untuk menambah nilai. Akibatnya berlaku kesesakan yang lebih teruk sedangkan ini alasan mengapa lorong tambah nilai ditutup.

Bagi mengelakkan situasi ini berlaku antara tips yang diterima ialah menggunakan MyKad sebagai kad Touch n’ Go untuk situasi kecemasan. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana ingin menyemak bakikredit yang tingga kerana tidak seperti kad fizikal Touch n’ Go, MyKad tidak mempunyai nombor siri. Oleh itu artikel ini ditulis bagi memudahkan anda.

Pertama sekali anda perlu menambah nilai ke dalam MyKad. Pada waktu ini nilai minimum ialah RM10. Kenapa anda masih perlu menambah nilai? Kerana nombor siri MyKad anda hanya boleh dilihat pada resit pembayaran. Pada resit lihat nombor Mfg No yang mempunyai 10 angka. Ini ialah nombor siri kad anda yang akan diperlukan untuk langkah seterusnya.

Baki semasa akan dipaparkan dalam resit tetapi anda pastinya tidak mahu membuat matematik mental sepanjang masa dan mengingati jumlah akhir. Malahan kami yakin anda mempunyai lebih dari satu kad Touch n’ Go. Untuk memudahkan proses melihat baki, muat turun aplikasi Touch n’ Go eWallet ke peranti pintar anda. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan juga iOS.

Apabila aplikasi dibuka, pergi ke pilihan TNG Card, Anda hanya diberikan 3 slot untuk kad di dalam aplikasi ini, Tekan butang Add A New Card. Kemudian masukkan Mfg No yang kami sebutkan dua perenggan di atas tadi ke dalam kotak input yang dipaparkan pada skrin. Kemudian berikan nama kepada MyKad anda. Tekan butang Submit dan selepas itu anda perlu memasukkan kod pengesahan 6 angka yang dihantar menggunakan SMS.

Selepas kesemua proses ini selesai, baki kredit di dalam MyKad dapat dilihat terus dari dalam aplikasi Touch n’ Go. Harus diingat bahawa seperti kad fizikal Touch n’ Go, MyKad anda juga mempunyai tarikh luput maka gunakanlah kad sebelum tarikh tersebut. Dengan langkah yang kami berikan ini diharap masalah lupa baki kredit dalam MyKad tidak akan lagi membelenggu anda.

Sumber : Amanz.my

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Ini Cara Menyemak Baki Kredit Touch n’ Go Dalam MyKad Anda
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more