Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini : Pena Hijau

Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini

Kuliah UMI Ustaz Suhaimi
Kuliah UMI 20191226 Ustaz Suhaimi
26 Dec 2019
kawan
Doa Memohon Agar Diri Dilindungi Dari Kawan Yang Jahat
1 Feb 2020
Kuliah UMI Ustaz Suhaimi
Kuliah UMI 20191226 Ustaz Suhaimi
26 Dec 2019
kawan
Doa Memohon Agar Diri Dilindungi Dari Kawan Yang Jahat
1 Feb 2020
disayangi
icon follow us

Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini | Tidak ada seorang insan yang tidak mahu dirinya disayangi, disenangi atau dihormati oleh orang lain. Paling tidak kita pasti mengharapkan agar disayangi oleh pasangan kita dan anak-anak kita.

Dan jika di tempat kerja jika kita dikalangan berpangkat tinggi atau berpangkat rendah apabila kita disayangi dan disenangi amatlah mudah untuk kita berurusan dengan rakan sekerja dan pihak-pihak yang lain.

Namun pun begitu perasaan untuk disayangi dan disenangi ini perlulah kita letakkan batasan supaya tidak melanggar hukum-hukum Allah dalam pergaulan.

Jika kita ingin disayangi kita juga perlu belajar untuk menyayangi orang lain semuanya kerana Allah Taala. Jika kita ingin disayangi di kalangan sahabat-sahabat kita hendaklah kita sayang persahabatan itu kerana Allah.

Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Ali-Imran 3:31)

 

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًۭا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّۭا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًۭا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ ١٦٥

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

(Surah Al-Baqarah 2:165)

Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah subhanahu wa ta’ala mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

Amalkan insyaAllah semoga apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah subhanahu wa ta’ala.

Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri.

Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang dibaca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more