Doa Elak Wabak Bahaya Untuk Semua Yang Nak Datang Ke Jemputan Majlis : Pena Hijau

Doa Elak Wabak Bahaya Untuk Semua Yang Nak Datang Ke Jemputan Majlis

mandian ais
Mandian Ais Untuk Hilang Bisa, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus. Ini Caranya Boleh Buat Sendiri!
6 Feb 2020
Jom Turn Quarantine tu QuranTime
24 Mar 2020
mandian ais
Mandian Ais Untuk Hilang Bisa, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus. Ini Caranya Boleh Buat Sendiri!
6 Feb 2020
Jom Turn Quarantine tu QuranTime
24 Mar 2020
wabak
icon follow us

Doa Elak Wabak Bahaya Untuk Semua Yang Nak Datang Ke Jemputan Majlis | Sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti denggi, selsema babi dan burung, H1N1, H7N9, SARS dan yang terbaru MERS-CoV.

Sebaiknya kita Umat Islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini. Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah سبحانه وتعالى utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan qada’ dan qadar dari Allah سبحانه وتعالى jua.

wabak

Caranya: Baca doa ini sebanyak 3 kali pada setiap pagi dan petang.

“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah!

Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai!

Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”

Kita tidak boleh memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghapuskan Wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah سبحانه وتعالى .

Tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى dari segala wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah سبحانه وتعالى maka terimalah kerana Allah سبحانه وتعالى Maha Adil. Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah سبحانه وتعالى telah putuskan.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Doa Elak Wabak Bahaya Untuk Semua Yang Nak Datang Ke Jemputan Majlis
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more