Zikir Menghindar Musibah : Pena Hijau
Jom Turn Quarantine tu QuranTime
24 Mar 2020
20200408-tiga-panggilan-allah
Tiga Panggilan Allah
8 Apr 2020
Jom Turn Quarantine tu QuranTime
24 Mar 2020
20200408-tiga-panggilan-allah
Tiga Panggilan Allah
8 Apr 2020
icon follow us

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Diam tak diam harini adalah Jumaat kedua solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan.. Sebenarnya rasa sayu je hati bila lihat rumah Allah sunyi sepi tanpa solat jemaah. Semoga segeralah berlalu ancaman Covid-19. Jom ramai2 Kita solat hajat Selepas zohor harini memohon agar wabak ini segera tamat. Sambil duk rumah  Mari Kita amalakan Zikir Menghindar Musibah

Zikir Menghindar Musibah

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّات لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang membaca: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” (HR Abu Daud No: 5088) Status: Hadis  hasan

Kesimpulan hadith:

1.  Muslim dituntut memperbanyak doa dan zikir dalam setiap perkara.

2.  Antara tujuan berzikir dan berdoa ialah untuk memohon perlindungan daripada musibah dan kerosakan.

3.  Antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

4.  Sesiapa yang membaca zikir ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi akan dipelihara daripada sebarang mudarat termasuk musibah seperti penyakit merbahaya sehingga ke petang. Sesiapa yang membaca sebanyak 3 kali pada waktu petang dia akan terpelihara sehingga waktu pagi.

Marilah kita mengamalkan zikir ini pada setiap pagi dan petang. Moga kita terhindar daripada sebarang penularan wabak penyakit seperti virus Covid 19.

Sumber :
telegram.me/hadisharian_ikram

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] berbuka dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Dalam pada itu, jangan kita lupa untuk berzikir bagi menghindari musibah yang melanda kita […]

Zikir Menghindar Musibah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more