Captain Marvel 2 Secara Rasmi Diumumkan Pada Tahun 2022 : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Captain Marvel 2 Secara Rasmi Diumumkan Pada Tahun 2022

crisis on infinite earths
Crisis On Infinite Earths
9 Dec 2019
aisyah-sabyan
Aisyah – Sabyan
7 Apr 2020
captain marvel

captain marvel

Berita baik untuk peminat Marvel! Captain Marvel 2 telah diumumkan secara rasminya untuk ditayangkan pada tahun 2022. Brie Larson secara rasminya akan kembali sebagai Carol Danvers selepas filem sulungnya berjaya menarik lebih dari $1 bilion (£ 812 juta) di box office di seluruh dunia.

captain marvel

Tarikh keluaran yang disahkan untuk filem itu telah diumumkan dalam majalah Marvel pada 8 Julai 2022 selepas beberapa bulan tayangan Thor: Love and Thunder dan Black Panther 2. Ini menjadikan tahun 2022, tahun yang sangat baik untuk penggemar adiwira Marvel.

Pada filem Captain Marvel yang pertama, berkisarkan pada tahun 1995 di mana Danvers dipisahkan dari pasukannya di tengah-tengah misi dan ditinggalkan terkandas di Bumi. Walau bagaimanapun, hidupnya berubah selepas dia bekerjasama dengan Fury, yang merupakan ejen S.H.I.E.L.D.

Apakah filem Captain Marvel 2 akan mengisi jurang antara Danvers pergi ke ruang angkasa (Captain Marvel) dan kembali untuk mengalahkan Thanos (Avengers: Endgame)? Dan apakah Carol tetap berbalah dengan Skrulls yang menjadi teased  pada akhir filem Spider-Man: Far From Home?

Apapun, kalau umur panjang dan dunia masih belum kiamat, nantikan Captain Marvel 2 yang akan dikeluarkan di pawagam pada 8 Julai 2022. 🙂

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply