Kenali Jajahan Tanah Merah : Pena Hijau

Kenali Jajahan Tanah Merah

Menelusuri Sungai Pengkalan Datu Dengan Perahu Kolek
5 Jan 2020
20240229 tahun melawat kelantan 2024 tmk2024
Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
29 Feb 2024
Menelusuri Sungai Pengkalan Datu Dengan Perahu Kolek
5 Jan 2020
20240229 tahun melawat kelantan 2024 tmk2024
Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
29 Feb 2024
Kenali Jajahan Tanah Merah

Kenali Jajahan Tanah Merah

icon follow us

Kenali Jajahan Tanah Merah | Tanah Merah merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Lokasinya terletak berhampiran dengan Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Nama Bandar Tanah Merah di ambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini di namakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang di maksudkan ialah sejenis Tanah Laterit yang memanjang di tepi tebing sungai kelantan yang terletak di kampung To’Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan kampung Kusial Baru. Penduduk Kusial Baru yang menamakan orang menetap di sini, orang Tanah Merah. Penduduk dari kampung To’ Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan dekat Bukit Remah dan tanah di sini kelihatan kemerah-merahan. Lama kelamaan tempat diteroka ini lalu di namakan tempat ini Tanah Merah.

Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.

Jajahan Tanah Merah merangkumi tiga Daerah Penggawa, iaitu :

  1. Daerah Bukit Panau
  2. Daerah Ulu Kusial
  3. Daerah Jedok

Antara tempat-tempat menarik di Jajahan Tanah Merah adalah :

  1. Pusat membeli belah di  Bukit Bunga
  2. Lata Hujan
  3. Jambatan Guillemard
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kenali Jajahan Tanah Merah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more