Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan
22 May 2020Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti Dengan Puasa Enam? Baca Penjelasan Mufti
25 May 2020Assalamualaikum semua.. mesti tengah sibuk masing2 untuk persiapan raya Kan.. Kat sini mama ingin memohon ampun Dan maaf jika Ada apa2 kesilapan mama pada semua.. selamat menyambut hari kemenangan semoga Kita semua sentiasa di rahmati Allah..
Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya
فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .
Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan.
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.
Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka” (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” HR Tobrani No: 17589
Kesimpulan hadith:
1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.
2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim ialah
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
3. Saling ziarah menziarahi
Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.
Nabi SAW pernah bersabda :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
4. Oleh kerana musim PKP ini kita tidak digalakkan saling menziarahi bagi memutuskan rangkaian Covid-19, namun dengan adanya teknologi kita boleh buat ziarah maya menggunakan whatsapp call, video conferencing guna aplikasi zoom, google meet, webex dan sebagainya. Kita masih boleh saling berhubung untuk bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kerabat dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim.
Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.
Sumber:
1 Hari 1 Hadis
Sumber : Mamapipie.com