Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya : Pena Hijau

Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya

Ramadan Bulan Ibadah
8 May 2020
Adakah Sah Bayar Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul?
Adakah Sah Bayar Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul?
13 May 2020
Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya

Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya | Tibanya bulan Ramadan, pasti ramai dalam kalangan kita yang ingin memperbaiki cara kita beribadah.

Ada yang ingin memperbaiki cara membaca Al-Quran dan ada juga yang ingin memperbaiki atau sempurnakan lagi cara solat.

Oleh itu, pelbagai cara telah dicuba seperti menghafal surah-surah tertentu.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang mengambil masa lama untuk menghafal dan menggunakan kaedah tengok telefon bimbit untuk membaca surah-surah tertentu. Boleh atau tidak tindakan sebegini?

BACA: Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran

1) Membaca Qur’an dalam solat dengan melihat mushaf dibenarkan, boleh semak dalam kitab At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an oleh Imam An-Nawawi رحمه الله تعلى رحمة واسعة.

Tanbih: Dalam Solat Fardhu lebih baik sekadar membaca dari apa-apa yang sudah dihafal tanpa disibukkan dengan melihat mushaf, kecuali jika belum menghafaz surah Al-Fatihah.

2)Kalau tak apa pemegang mushaf boleh pegang di tangan tak?

Boleh.Tak jadi masalah. Hanya jaga pergerakan jangan sampai bergerak dengan 3 kali pergerakan besar berturut-turut. Itu yang membatalkan solat. Pergerakan jari menatal(scroll) skrin telefon tak membatalkan solat. Caranya rujuk keterangan pada gambar.

-Ambil telefon dan buka terus mushaf dalam telefon.

telefon bimbit

-Tetapkan kedudukan tangan setempat.

telefon bimbit

-Simpan dalam kocek sebelum turun rukuk dan sujud

telefon bimbit

-Apps yang saya syorkan sebagai Mushaf Elektronik dari peranti.

Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya 1Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya 2

3)Pastikan jika pegang telefon untuk baca mushaf di dalamnya,telefon sudah disenyapkan dan segala bentuk notifikasi dinyahkan.

Dah jangan susah hati lagi dah tak ada ‘stand’ atau Qur’an besar tapi nak baca panjang dalam Tarawih. PEHATIAN! Ini khusus jika anda solat sendirian atau menjadi imam. Jika jadi makmum, TAK PAYAH SIBUK tengok mushaf.

Sumber:  محمد فائز حارث البكاني

Sumber : Kataustaz.com

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ