Ramadan Bulan Ibadah : Pena Hijau
Betul Ke Ibu Hamil, Menyusu Boleh Bayar Fidyah Sahaja Tanpa Qadha Puasa? Ini Penjelasan Mufti
Betul Ke Ibu Hamil, Menyusu Boleh Bayar Fidyah Sahaja Tanpa Qadha Puasa? Ini Penjelasan Mufti
2 May 2020
Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya
Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya
9 May 2020

icon follow us

Ramadan Bulan Ibadah. Salam jumaat semua. Sekejap saja kita sudah berada di hari ke 15 bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat memaksimumkan lagi ibadah di bulan mulia ini.

Ramadan Bulan Ibadah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan,  akan  disediakan  padanya dengan rahmah Allah syurga.

4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Selamat Menyambut Ramadan.

Sumber 1 Hari 1 Hadis

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Ramadan Bulan Ibadah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more