The King : Eternal Monarch : Pena Hijau

The King : Eternal Monarch

aisyah-sabyan
Aisyah – Sabyan
7 Apr 2020
20200724 - unic - sahabat sejati
UNIC – Sahabat Sejati
23 Jul 2020
aisyah-sabyan
Aisyah – Sabyan
7 Apr 2020
20200724 - unic - sahabat sejati
UNIC – Sahabat Sejati
23 Jul 2020
The King: Eternal Monarch
icon follow us

Bagi peminat drama Korea, jalan cerita The King: Eternal Monarch yang mula bersiaran pada 18 April lalu boleh dikatakan agak rumit. Walaupun begitu, drama ini menduduki tempat pertama yang banyak ditonton di Malaysia di dalam media penstriman Netflix. Berikut adalah sinopsis ringkas drama yang ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 9:30 malam.

Latar Belakang

Drama ini mengisahkan tentang dunia yang selari, di mana setiap manusia mempunyai ‘kembar’ dalam dua dunia yang berbeza iaitu satu dunia di mana wujudnya Republik Korea dan satu lagi Kerajaan Corea. Bagi yang mengikuti drama adiwira di saluran WarnerTV seperti Supergirl, The Flash, Arrow dan DC’s Legends of Tomorrow pasti tidak asing dengan konsep dunia multiverse yang sama dibawa dalam drama The King ini.

Dua watak utama dalam drama ini adalah Lee Min-ho, yang memainkan peranan sebagai Raja Lee Gon dari Kerajaan Corea dan Kim Go-eun, yang memainkan peranan sebagai detektif wanita bernama Jeong Tae-eul dari Republik Korea.

Terbongkarnya Dunia Selari

25 tahun yang lalu, Lee Lim (Lee Jung-jin), bapa saudara kepada Lee Gon yang tamakkan kuasa telah membunuh ayah Lee Gon kerana ingin memiliki seruling ajaib. Lee Gon pada ketika itu berusia 8 tahun menemui ayahnya yang telah mati dibunuh. Dia juga membelah seruling menjadi dua bahagian sambil melindungi dirinya sendiri daripada Lee Lim. Tanpa diduga, seorang tokoh misteri datang untuk menyelamatkan Lee Gon yang masih muda ketika itu dan meninggalkan lencana Detektif Jeong Tae-eul dari tahun 2019. Lee Lim yang telah berjaya melarikan diri dengan membawa separuh seruling ajaib itu berjaya menemui sebuah portal ke dunia yang lain.

Kehidupan Setelah 25 Tahun

Lee Gon telah membesar dan menjadi seorang raja yang tampan disamping menjadi ahli metematik di Kerajaan Corea. Pada suatu hari, dia secara tidak sengaja menjumpai sebuah portal ke dunia selari disebabkan oleh separuh daripada seruling ajaib yang disimpannya. Lee Gon terus menyedari bahawa ada dunia lain yang sangat berbeza di mana orang-orang yang dikenalinya di dunianya turut ada di dunia tersebut dengan penampilan dan kehidupan yang sangat berbeza.

Cinta Yang Bersemi

Lee Gon menjadi sangat teruja ketika dia menyeberang ke dunia lain kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan Jeong Tae-eul, orang yang difikirkannya telah menyelamatkan dirinya daripada Lee Lim 25 tahun yang lalu. Tetapi Jeong Tae-eul yang tidak tahu apa-apa menganggap Lee Gon adalah seorang yang tidak siuman, terutama ketika Lee Gon berusaha meyakinkan Tae-eul bahawa dia adalah raja dari dunia lain.

Jeong Tae-eul mula percaya ketika dia dibawa ke dunia Lee Gon dan melihat semuanya secara langsung di hadapan matanya. Tae-eul juga mula menunjukkan perasaannya dengan membalas perhatian Lee-Gon.

Kejahatan Yang Bersembunyi

Ketika kisah cinta Lee Gon dan Jeong Tae-eul berkembang, Lee Lim sebenarnya sedang merancang agenda jahat. Selama 25 tahun, dia mengumpulkan orang untuk menyokongnya dengan menawarkan mereka peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebagai balasannya, mereka mesti membunuh pasangan ‘kembar’ mereka dan mengganti kehidupan mereka di dunia lain. Lee Lim juga tidak kelihatan lebih tua kerana seruling ajaib yang dapat menghentikan masa.

Kedua Pasukan Bersatu

Setelah menyedari rancangan jahat bapa saudaranya, Lee Gon akhirnya mencari orang yang boleh dipercayai dan bersedia untuk bertempur. Sementara itu, sebagai detektif, Jeong Tae-eul bertekad untuk mengetahui kebenaran pelbagai kes pembunuhan yang berlaku. Pasangan ini akhirnya bekerjasama untuk melindungi orang dari kedua dunia sambil menunjukkan kisah cinta mereka yang bersemi.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

4 Comments

  1. nixkdotnet says:

    Sambung review lagiii… best!! Lee min ho dan heroin Goblin bergabung.

    • alkhudhri says:

      La ni pun baru smpai episod 12/16. konflik antara Raja Lee Gon dgn bapa sdara dia makin smpai kemuncak. Satu persatu pembelot Kerajaan Corea dihapuskan. Perdana Menteri Kerajaan Corea mula nk menderhaka disebabkan cinta yg x kesampaian dan angan2 utk mnjadi Permaisuri Kerajaan Corea xtercapai. Yg jd misteri.. Siapa yg tolong Raja Lee Gon masa kecik.. Apa rahsia disebalik tanda yg wujud di badan mereka2 yg terlibat dlm penjelajahan dunia selari (mungkin sebab ketidak seimbangan antara 2 dunia disbbkn oleh pembunuhan ‘kembar’).. Juga rahsia tentang pengembaraan masa…

      • nixkdotnet says:

        hari tu tengok sampai episod 8, sebab tu paling latest. kali ni nak tunggu semua 16 episod abis dulu, baru nak marathon.

        teruskan review cerita korea. ramai peminat cerita2 korea ni. hehe

        • alkhudhri says:

          Ambo x dok la minat sgt crita2 korea ni.. Tgk atas genre dia.. Jenis2 sci fiksyen baru layan.. Crita the king ni pun masa mula2 main tgk episod pertama xpaham jugak. Ingt ko pasal pengembaraan masa. Tgk balik kali kedua baru tau.. Pasal dunia lain.. Hahaha.. Kalu siri hero2 DC kat WarnerTV tu dia ada tulis ni Earth-1.. Tu Earth-39…

Leave a Reply

The King : Eternal Monarch
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more