5 Langkah Untuk Memastikan Keselamatan Dan Privasi Akaun Instagram Anda : Pena Hijau

5 Langkah Untuk Memastikan Keselamatan Dan Privasi Akaun Instagram Anda

Guna Windows 10? Dapatkan Semula Fail Atau Dokumen Terpadam Tanpa Sengaja Menggunakan Windows File Recovery
30 Jun 2020
Netflix
Bagaimana Tonton Beberapa Rancangan Dan Filem Netflix Secara Percuma Tanpa Langganan?
31 Aug 2020
Guna Windows 10? Dapatkan Semula Fail Atau Dokumen Terpadam Tanpa Sengaja Menggunakan Windows File Recovery
30 Jun 2020
Netflix
Bagaimana Tonton Beberapa Rancangan Dan Filem Netflix Secara Percuma Tanpa Langganan?
31 Aug 2020
icon follow us

Memang tidak dapat dinafikan, dalam era digital hari ini media sosial seakan-akan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Pengguna media sosial secara mudah alih seperti Facebook, Instagram dan Twitter juga dilihat meningkat dari hari ke hari. Rata -rata pengguna khususnya di Instagram, begitu gemar berkongsi mengenai kehidupan peribadi untuk tujuan disimpan sebagai kenangan. Kenapa penulis menyebut Instagram? Sebabnya, dalam artikel ini penulis akan lebih menumpukan fokus kepada Instagram.

Tetapi, adakah ia selamat? Ditambah pula dengan gejala buli siber, penggodaman dan penipuan yang susah untuk dibendung. Kalau perasan, sejak kebelakangan ini banyak pihak terutamanya selebriti tempatan yang menjadi mangsa godam.

Apabila kes sebegini berlaku, habis semua akaun tidak boleh dilog masuk. Kemudian, pelbagai masalah mula timbul dan lebih teruk, diugut untuk wang tebusan sekiranya mahu akaun tersebut dipulangkan. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap perasaan dan emosi seseorang. Sebenarnya, tidak salah untuk berkongsi apa sahaja yang anda mahu. Tetapi, sebaik-baiknya perlulah bijak dan berpada-pada.

Jadi, bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak? Bagaimana cara untuk menjaga keselamatan dan melindungi privasi anda tanpa risau mengenai apa yang dikongsi di Instagram? Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi beberapa langkah bijak yang boleh diambil untuk mengekalkan privasi anda daripada diceroboh :

Penulis tidak pasti sama ada anda perasan atau tidak akan fungsi ini. Tetapi, Instagram ada menyertakan fungsi kawalan untuk komen pada setiap hantaran. Tidak kisahlah sama ada perkongsian gambar, video atau stories. Melaluinya, anda diberikan kawalan penuh untuk mengaktif /menyahaktif fungsi komen pada hantaran tertentu. Sebagai pilihan, anda juga boleh menyekat akaun tertentu dan menapis sejumlah frasa yang tidak patut. 

Langkah untuk tetapan :

 

Pernah tak anda alami keadaan di mana terdapat segelintir individu yang tidak dikenali tag/mention anda dalam sebuah gambar atau video secara tiba-tiba? Atau mungkin, anda berhadapan dengan situasi di mana sahabat baik anda gemar memuat naik`11 hantaran memalukan yang berkaitan dengan anda. Perkara sebegini berlaku disebabkan oleh sesiapa sahaja boleh tag/mention anda di Instagram.

Akan tetapi, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar! Anda boleh mengawalnya menerusi tetapan. Di mana, anda boleh menetapkan pilihan untuk mengalih keluar, menyembunyikan atau melihat terlebih dahulu sebelum ia muncul di profil akaun anda.

Langkah untuk tetapan :

 

Jika anda seorang yang mementingkan privasi,  buat apa pening-pening kepala ‘nak berperang’ dengan komen negatif? Atasi sahaja isu sebegini dengan fungsi restrict. Melaluinya, anda boleh menyorokkan komen negatif yang ditinggalkan di bawah gambar dan ia hanya boleh dilihat oleh akaun yang meninggalkannya.

Anda juga boleh menetapkan senarai akaun untuk anda mute. Lebih menarik, Instagram tidak akan memberi sebarang pemberitahuan kepada pihak terbabit berhubung tindakan ini. Jadi, anda akan lebih selesa untuk menggunakan Instagram dan privasi pastinya lebih terjaga. Langkah untuk tetapan : Setting > Privacy > Restricted Accounts.

 

Sebagai pengguna, anda perlu bijak membezakan di antara emel palsu atau emel rasmi daripada Instagram. Bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan, Instagram melancarkan ruanganEmails From Instagrampada tab aplikasi.

Oleh itu, sebarang emel rasmi daripada pihak Instagram akan dihantar menerusi ruangan ini. Ia juga akan memaparkan senarai emel yang dihantar dalam masa 14 hari untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang. Langkah untuk tetapan :Setting > Security > Emails From Instagram.

 

Instagram turut memperkenalkan kawalan lebih baik di ruangan komen pada aplikasi mereka. Melaluinya, anda boleh menetapkan sejumlah komen yang paling digemari untuk disematkan pada bahagian teratas. Cara untuk mengakses fungsi ini adalah mudah. Anda hanya perlu menatal komen pilihan ke kiri. Kemudian, empat pilihan akan diberikan termasuklah ikon pin. Tekan ikon tersebut dan komen yang dipilih kini disematkan ke bahagian paling atas.

Sebagai kesimpulan, anda perlu ingat bahawa privasi data anda adalah sangat penting. Tidak semua perkara perlu dikongsi secara terbuka, sebabnya pasti ada sahaja mata yang akan memerhati.  Untuk melindungi privasi anda dengan lebih baik, anda boleh mencuba langkah-langkah yang dikongsi ini. Privasi data ini perlu dijaga bagi mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini seperti penyalahgunaan maklumat daripada berlaku.

Sumber : Amanz.my

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

5 Langkah Untuk Memastikan Keselamatan Dan Privasi Akaun Instagram Anda
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more