
First Time Bercuti Tanpa Abi & Ibu
7 Jul 2020
Surprise Untuk Alya
10 Jul 2020

Hari Rabu, 08 Julai, Alya bersiap awal pagi nak pergi rumah Aufa & Adib di MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor. Kak Alya nak buat surprise kat Aufa & Adib.


Kebetulan hari tu, pelajar-pelajar MRSM mula pulang ke asrama.. jadi Ayah Teh Alya, Cikgu Syafiq agak sibuk sikit. Petang tu Alya pau KFC pulak dengan Ayah Teh dia. Hahaha…
Teman bergaduh.. teman bermain.. 😀
Alya tido semalaman di Kuala Kubu Baru. Hari ni, Ayah Teh dia nak hantar balik ke Putrajaya. Bila Ayah Teh tanya nak singgah Genting Highlands ke tak.. terus jawab nak pergi. Abi dia pun tak pernah sampai lagi Genting Highlands.. Sampai Alya dulu.. Fuh.. sejuk dan berangin…



